PKPD bersasar di 4 daerah di Sabah mulai tengah malam ini

Kerajaan mengumumkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentabdiran di empat daerah di Sabah berkuat kuasa tengah malam ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata empat daerah tersebut ialah Lahad Datu, Tawau, Kunak, and Semporna.

“PKPDB secara pentadbiran ini akan berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam ini, 29 September 2020 sehingga 12 Oktober 2020 dan akan melibatkan seramai 962,661 orang penduduk,” katanya.

Ismail berkata, penguatkuasaan PKPDB secara pentadbiran itu atas nasihat Kementerian Kesihatan selepas 1,195 kes Covid-19 dilaporkan di empat daerah itu sepanjang bulan ini.



Sepanjang satu hingga 27 September (semalam), dia berkata Lahad Datu merekodkan 241 kes, Tawau (634 kes), Kunak (65 kes) dan Semporna (255 kes).

Semua penduduk di sana dilarang keluar dan pelawat juga tidak dibenarkan masuk sepanjang penguatkuasaan perintah itu, dengan semua laluan keluar masuk akan ditutup.

Semua kegiatan perniagaan juga perlu dihentikan kecuali yang menjual barangan keperluan dan perkhidmatan penting.

Pihak berkuasa akan membuka pengkalan perubatan di daerah terlibat. Mk



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker