Majoriti tak puas hati dengan kelajuan Internet

Share

Ramai pengguna tidak berpuas hati terhadap kualiti kelajuan Internet kerana ia tidak seperti yang dijanjikan oleh syarikat telekomunikasi.

Ia dapatan bancian dalam talian yang dijalankan oleh Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bancian itu dijalankan secara dalam talian untuk mendapatkan maklum balas pengguna mengenai perkhidmatan yang mereka langgan.

Melalui bancian CFM itu juga mendapati kebanyakan responden mempunyai lebih daripada satu isu perkhidmatan telekomunikasi disebabkan kualiti liputan rangkaian di dalam rumah dan tiada sebarang penambahbaikan ketara terhadap masalah aduan dilaporkan.

“Bancian ini dijalankan semasa PKP, memandangkan semua orang bergantung kepada sambungan Internet untuk berhubung dan bekerja dari rumah. Isu ini tidak sepatutnya berlaku kerana syarikat telekomunikasi telah bersetuju untuk memberi perkhidmatan seperti yang telah dijanjikan kepada pengguna yang melanggan.

“Syarikat telekomunikasi harus lebih proaktif dalam menambahbaik perkhidmatan mereka,” kata Pengerusi CFM, Datin Mohana Mohariff.

Tambah Mohana, CFM kini sedang dalam proses meminda untuk memperkukuh kod industri GCC dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) bagi memastikan hak pengguna dilindungi.

Antara perkara yang akan diperkemas dalam GCC ialah terma dan syarat kontrak perkhidmatan, pemberian ringkasan maklumat perkhidmatan dan pengguna bekeperluan khas.”

CFM sentiasa menyarankan pengguna untuk melaporkan aduan kepada syarikat telekomunikasi masing-masing dengan menyertakan maklumat terperinci mengenai masalah yang dihadapi.

Jika masalah tersebut masih tidak diselesaikan, laporkan kepada CFM melalui portal aduan bersepadu bersama MCMC di https://aduan.skmm.gov.my/. MG

SKMM siasat aduan kurang kelajuan pakej Unifi 500Mbps

Leave a Reply