Siti Nurhaliza hamil anak kedua?

Datuk Seri Siti Nurhaliza mencetuskan spekulasi sedang hamil anak kedua gara-gara aksi anaknya, Siti Aafiyah yang sering mencium perut ibunya ketika siaran langsung di Instagram semalam.

Menerusi video itu, Aafiyah dilihat beberapa kali mencium perut penghibur nombor satu itu dengan perasaan teruja seolah-olah memberi petanda akan mendapat adik.

Gelagat itu menguatkan spekulasi isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 61, itu kini berbadan dua selepas mengumumkan berehat daripada industri hiburan buat sementara waktu.

Malah Siti juga sudah tidak aktif lagi menyertai aktiviti berbasikal bersama suaminya dan pernah tersebar gambar di media sosial dia hanya bergambar bersama satu pasukan sukan itu dengan memakai baju yang longgar.



Sebelum ini pada Januari lalu, Siti,42, mengakui sedang merancang untuk memiliki cahaya mata kedua pada tahun ini.

Jelasnya, dia sudah beberapa kali mendapatkan nasihat doktor bagi proses rawatan kesuburan, In Vitro Fertilisation (IVF) seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Saya bukan semakin muda… makin meningkat usia dan sekarang sudah 41 tahun, saya target untuk dapatkan seorang lagi anak sebelum usia 43 tahun.

“Saya akan mengikut prosedur yang sama seperti sebelum ini kerana masih ada embryo yang masih disimpan.



“Kalau boleh nak sepasanglah… sekarang dah ada perempuan, lepas ni nak lelaki pula. Apa pun saya serahkan pada Allah. Sekiranya diizinkan, saya terima sahaja,” ujarnya. MG

Suara Sebijik Siti Nurhaliza, Nyanyian ‘Suara Kepit’ Lelaki Ini Buat Netizen Respek [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker