Kalau asyik tukar kerajaan, kita ada 12 PM setahun – Shahidan

Jika ada ahli Parlimen ‘lompat parti’ ia bukan bermakna kerajaan dan Perdana Menteri (PM) kena bertukar setiap kali ia berlaku.

Itu kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung isu pertukaran kerajaan yang didakwa ‘dihangatkan’ oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas beliau, sekiranya ada ahli Parlimen yang bertindak melompat parti, ia tidak memberikan kesan kepada kerajaan.

“Kalau yang keluar itu Ahli Parlimen PN (Perikatan Nasional), ia tidak perlu menubuhkan kerajaan baharu tapi pilihan raya. Bukan ada parti yang keluar daripada PN kenapa diomongkan kerajaan mesti bertukar.

“Kalau macam itu, bila ada ahli Parlimen yang lompat kita tukar kerajaan, ini bermakna Perdana Menteri akan ada 12 setahun kerana agenda lompat parti.

“”Sebulan sekali akan tukar Perdana Menteri, apa nak jadi kepada negara ini,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) itu berkata, tiada seorang pun daripada 50 anggota PNBBC yang mahu melompat parti.

Anwar dalam sidang media pada Rabu lalu mendakwa mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan.

Sokongan itu kata Anwar terdiri daripada pelbagai parti, namun tidak mendedahkan jumlah sebenar Ahli Parlimen yang terbabit menyatakan sokongan terhadapnya.

Katan Shahidan, kerajaan PN tidak akan berubah kerana parti-parti masih menyokong gabungan itu sebagai kerajaan.

“Dia mesti parti yang terlibat yang menyebabkan kerajaan itu hilang majoriti tapi setakat ahli Parlimen melompat itu adalah tidak wajar untuk menubuhkan kerajaan baharu tapi adakan pilihan raya.

“Kalau mereka dapat tarik beberapa sokongan ahli Parlimen tidak bermakna kerajaan itu jatuh. Tidak perlu siapa yang nak jadi PM kata dia sudah cukup kerusi.

“Kalau kerajaan sekarang gagal, dia akan buat pilihan raya jadi tidak ada keadaan di mana PM boleh ditukar dari masa ke masa. Kalau buat begitu, akan tiba pula masa lain, orang akan tukar PM,” katanya lagi.

Selain Shahidan, beberapa ahli Parlimen UMNO menolak spekulasi mereka memberikan sokongan kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Antaranya, Ahli Parlimen Padang Terap yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar, Ahli Parlimen Parit, Datuk Nizar Zakaria, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ahli Parlimen Cameron, Ramli Mohd Nor.

Penafian itu berlaku setelah senarai didakwa nama-nama pemimpin UMNO yang mengalih sokongan itu menjadi tular. MG

https://mykmu.net/2017/01/17/u-turn-bukti-mahathir-boleh-ubah-pendirian-macam-tukar-seluar-dalam/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker