Amir Hasan beralih ke hip hop

Amir Hasan beralih muzik hip hop

Lebih dikenali sebagai penyanyi pop sejak kemunculannya pada 2014, penyanyi, Amir Hasan, 27, mengambil langkah berani dengan menghasilkan lagu bergenre hip hop menerusi single baharu Tango berkolaborasi penyanyi rap, Rebel Asia.

Amir berkata, single Tango mencerminkan evolusi seni dan fleksibiliti dalam dunia muzik. Dalam masa sama mencungkil minat mendalamnya terhadap muzik hip hop yang bermula sejak usia 12 tahun lagi.



“Saya dibesarkan dengan karya lagenda hip hop tempatan seperti Joe Flizzow dan Malique (Too Phat) serta penyanyi hip hop terkenal seperti Eminem. Mendengar lagu mereka, secara tak langsung melatih kemahiran dalam nyanyian ‘freestyle’ dan mendorong saya menerokai genre dinamik ini.

“Jujurnya, saya teruja mengambil cabaran ini bagi meluaskan lagi spektrum identiti muzik. Tango adalah karya yang dihasilkan dari suara ‘alter ego’ saya.

“Langkah berani ini juga mencerminkan tekad saya dalam menerokai karya hip hop dengan lebih jauh,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi lanjut, Amir berkata, proses penciptaan lagu bermula dengan sesi ‘freestyle’ yang spontan bersama Rebel Asia, lalu proses rakaman hanya mengambil masa lima jam untuk menghasilkan single Tango dengan sempurna.



Namun begitu, Amir mengaku, dia bakal berhadapan dengan cabaran kerana peralihan dari genre pop kepada hip hop.

Baginya, ia mungkin menimbulkan keraguan di kalangan peminat, namun percaya ia bukan halangan kerana lebih bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.

“Melalui pertemuan bersama Rebel Asia, kami melakukan ‘freestyle’ berdasarkan perjalanan dan pengalaman dalam dunia muzik, kemudiannya single Tango pun muncul dengan sendirinya.

“Kami mengambil keputusan untuk keluarkan single Tango di bawah syarikat rakaman, Sony Music Malaysia.



“Mungkin saya bakal mengharungi beberapa cabaran seperti penerimaan pendengar terhadap single Tango kerana genre berbeza berbanding lagu-lagu sebelum ini.

“Namun, saya yakin dengan single Tango bakal memenangi hati dan mendapat sambutan hangat kerana karya ini bukan sahaja mengekalkan relevansi dengan trend terkini, tetapi memenuhi cita rasa pendengar terutama di aplikasi TikTok,” katanya.

Amir berkata, single Tango memberikan pengalaman positif dan pengajaran yang baik kepada pendengar dalam menjalani kehidupan dengan penuh semangat dan dedikasi dalam menuju kejayaan.

“Single Tango ini mengenai bukti kepada diri kita sendiri bahawa setiap orang mampu mengatasi sebarang cabaran dalam hidup.



“Bukan dari mana asal usul kita, tetapi kejayaan ini dapat diukur dengan usaha gigih dilakukan. Jangan ada perasaan tidak percaya pada diri sendiri kerana ia adalah aspek negatif dan halangan untuk diri maju ke hadapan,” katanya. BH

Amir Hasan beralih muzik hip hop

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker