Pemimpin pembangkang Rusia diracun agen saraf Novichok

Pemimpin pembangkang Rusia, Alexei Navalny dipercayai diracun dengan agen saraf Novichok selepas jatuh sakit pada 20 Ogos lalu.

Dia dipercayai minum air dari botol yang dibubuhi racun ketika berada di bilik hotel penginapannya di Tomsk.

Menurut Koordinator Kempennya di Tomsk, Ksenia Fadeeva berkata pasukan penyiasat telah mengumpul bukti dari bilik Navalny.

Empat makmal mengesahkan dia diracun dengan agen saraf itu.

Racun yang sama sebelum ini digunakan ke atas bekas perisik Rusia, Sergei Skripal dan anak perempuannya di Salisbury, England pada tahun 2018.

Navalny pada Ogos lalu jatuh sakit sebelum diterbangkan dari Siberia ke Moscow dan dirawat di sebuah hospital di Rusia.

Bagaimanapun, dia kemudiannya diterbangkan ke Jerman bagi mendapatkan perubatan susulan.

Navalny dikatakan berada dalam keadaan koma selama lebih dua minggu ketika dalam rawatan.

Kremlin dituduh bertanggungjawab ke atas kejadian menimpa Navalny itu, bagaimanapun dinafikan Rusia. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker