Tak Berperikemanusiaan, Warisan Tergamak Biarkan Tinggal Dalam Kontena!

Share

Kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan) dilihat gagal memberi penempatan selesa kepada mangsa kebakaran Kampung Gas, dekat Sandakan sehingga mereka terpaksa tinggal dalam kontena selama lebih dua tahun.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, permasalahan yang dihadapi penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong itu merupakan satu perkara yang harus diberi perhatian dengan segera.

Beliau kesal dengan tindakan Warisan yang seharusnya mentadbir kerajaan tanpa mengira sempadan politik dan mengambil tindakan segera pada waktu dan ketika itu.

“Tapi saya yakin dengan izin Allah jika kita menang dalam PRN ini, masalah Kampung Gas ini akan menjadi antara keutamaan yang akan diberi perhatian.

“Di negara kita tidak sepatutnya ada penempatan sebegini,” katanya memetik laporan UMNO Online.

Dalam pada itu, Abdul Azeez yang merupakan Ahli Parlimen Baling memberitahu, ini jelas membuktikan kerajaan Warisan tidak tahu mengurus tadbir hal yang berkaitan kebajikan rakyat khususnya keperluan utama.

Beliau turut terkilan dan kesal kerana tidak menyangka masih ada rakyat di Malaysia yang hidup dalam keadaan yang serba daif.

“Ini sudah lebih dua tahun. Saya tidak tahu di mana masalahnya, mungkin kerajaan negeri tidak ada duit atau mungkin ada duit tapi tidak tahu urus tadbir, saya tidak mahu menuduh tapi inilah hakikatnya… amat sedih.

“Saya sudah pergi 40 misi kemanusiaan seluruh dunia, saya terkilan dan sedih melihat dalam negara saya sendiri sebuah negeri yang kaya raya, tak mungkin perkara sebegini berlaku, saya tidak tahu di mana silapnya,” katanya.

Justeru itu, Abdul Azeez berharap rakyat berfikir secara jelas inikah layanan yang mereka mahukan jika Sabah ditadbir semula oleh Warisan.

“Kerajaan BN bukan kerajaan fitnah, kita tidak mahu menang dengan fitnah… dengan harapan palsu, kami buat perkara yang kami janji dan janji itu ditepati.

“Jadi, saya yakin dan percaya, ini antara projek pertama yang harus dilaksana dengan serta-merta sekiranya kita menang pada PRN Sabah ini,” katanya. BN

One thought on “Tak Berperikemanusiaan, Warisan Tergamak Biarkan Tinggal Dalam Kontena!

  • September 19, 2020 at 15:43
    Permalink

    isu rakyat tinggal dalam kontena itu hanya sebahagian drpd permasalahan rakyat di Sabah dan di Malaysia amnya, soalnya YB YB yg buat komen tu di mana kamu selama ini ?

    Reply

Leave a Reply