Masjid terbesar di Jerman kini dibenar laung azan Jumaat

BERLIN, 5 Rabiulawal 1443H, Selasa – Masjid terbesar di Jerman dibenarkan melaungkan azan menggunakan pembesar pada Jumaat selepas perjanjian antara bandar Cologne dan penduduk Islam untuk melonggarkan sekatan.

Semua 35 buah masjid di Cologne dibenarkan melaungkan azan solat hingga lima minit pada Jumaat antara tengah hari dan jam 3 petang di bawah inisiatif dua tahun.

Ia termasuk Masjid Pusat Cologne – yang dibuka pada 2018 selepas menjadi titik panas sentimen anti-muslim dari pihak kanan, terutama berikutan kemasukan pencari suaka pada 2015-2016.



“Membenarkan laungan muazin adalah tanda hormat bagi saya.

“Ini menunjukkan bahawa kepelbagaian dihargai dan menetap di Cologne,” kata Datuk Bandar, Henriette Reker di akaun Twitter

Ketika kontroversi mengenai pembangunan masjid besar, para penyokong memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pihaknya tidak akan secara rutin melaungkan azan – yang didengari lima kali sehari di negara muslim.

Bandar itu berkata, masjid yang ingin melaungkan azan pada tengah hari Jumaat harus mematuhi had jumlah pembesar suara mereka dan memaklumkan kepada kejiranan terlebih dahulu.



Kira-kira 4.5 juta umat Islam tinggal di Jerman, kumpulan minoriti agama terbesar. – Agensi

Masjid terbesar di Jerman kini dibenar laung azan Jumaat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Calonkan Orang Asli timbalan speaker, langkah Umno ‘cemerlang’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker