Calonkan Orang Asli timbalan speaker, langkah Umno ‘cemerlang’

PETALING JAYA: Mencalonkan Ahli Parlimen Orang Asli pertama di negara ini sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat adalah langkah cemerlang oleh Umno kerana ini akan menyukarkan saingan politik mereka menolak pencalonan itu, kata seorang penganalisis politik.

Bekas ahli akademik, Azmi Hassan berkata, pencalonan Ramli Mohd Nor akan memaksa Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) mengelak daripada menolaknya atau tidak membabitkan diri ketika Dewan Rakyat mengundi.

Ramli, yang mewakili Cameron Highlands, adalah Orang Asli pertama menjadi Ahli Parlimen.

Azmi berkata, walaupun Ramli adalah Ahli Parlimen Umno, ramai yang melihatnya sebagai wakil masyarakat Orang Asli dan merupakan kisah kejayaan bagi komunitinya jika mereka diberi peluang yang saksama.

“Jadi jika PH dan PN menghalang Ramli daripada maju, nampak tidak bagus bagi mereka,” katanya.

Seorang penganalisis lain, Jeniri Amir berkata, tiada alasan untuk Ramli ditolak oleh PN dan PH memandangkan ini adalah kali pertama Orang Asli dicalonkan untuk jawatan tersebut.

Dengan mencalonkan Ramli, Umno menunjukkan bahawa ia bersifat inklusif, sesuai dengan konsep “Keluarga Malaysia” anjuran kerajaan.

“Jika Ramli ditolak PN dan PH, keadaan akan menjadi buruk bagi kedua-dua gabungan itu,” kata Jeniri, yang juga felo Majlis Profesor Negara.

James Chin dari Institut Asia University of Tasmania bersetuju bahawa sukar bagi PH dan PN untuk menolak Ramli, “namun kedua-dua gabungan itu tidak akan terjejas jika menolak, walaupun pencalonan (Ramli) sangat simbolik”.

Chin berkata, akan ada pihak yang berpendapat beliau tidak berpengalaman dalam hal ehwal Parlimen.

“Orang akan faham beliau tidak berpengalaman, jadi tidak akan menjadi kontroversi besar” jika Ramli tidak dipilih sebagai timbalan speaker.

Chin yakin Ramli akan mendapat jawatan itu, memandangkan kerajaan hanya ada majoriti tipis dan tiada banyak masa untuk menamakan calon lain.

Calonkan Orang Asli timbalan speaker, langkah Umno ‘cemerlang’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tiada istilah UMNO lama atau baharu, bezanya perjuangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker