Hizbut Tahrir kategori kumpulan berideologi ekstrem

Fahaman Hizbut Tahrir yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar perlu ditolak.

Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir berkata, pihak yang mendukung fahaman tersebut menganggap negara-negara Islam semuanya negara kafir kerana berhukum dengan sistem kafir.

Justeru, fahaman Hizbut Tahrir boleh dikategorikan sebagai kumpulan berideologi ekstrem.



“Umat Islam perlu merujuk fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengenai isu Hizbut Tahrir ini pada 17 September 2015.

“Kita harus bersama-sama menjauhi fitnah yang boleh membawa implikasi buruk kepada keharmonian akidah dan keselamatan negara,” katanya menerusi perkongsian video di Facebook Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), hari ini.

Dr. Anhar menjelaskan, Hizbut Tahrir yang bermakna Parti Pembebasan adalah parti politik antarabangsa yang mengideologikan Islam dengan kaedah dakwah dan politik.

“Hizbut Tahrir diasaskan oleh seorang tokoh bernama Taqiyuddin Nabhani yang hidup dari tahun 1909 hingga 1979.



“Hizbut Tahrir pernah menegaskan ia adalah organisasi politik bukan organisasi kerohanian, pendidikan, sosial dan lain-lain,” katanya.

Pengikut Hizbut juga mendakwa metodologi dakwah yang mereka praktis adalah berdasarkan kepada tahap dakwah Nabi Muhammad SAW.

Ia tegas beliau meliputi Tahap Pembinaan Dan Pengkaderan, Tahap Berinteraksi Dengan Umat dan Tahap Pengambilalihan Kekuasaan.

Hizbut Tahrir kategori kumpulan berideologi ekstrem




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


SUHAKAM lebih ‘juarakan’ golongan songsang berbanding Islamofobia?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker