Anwar akan putuskan siapa bakal ganti Salahuddin Ayub

Amanah menyerahkan kepada presidennya Mohamad Sabu untuk berbincang dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai pengganti menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, yang kosong susulan kematian penyandangnya, Salahuddin Ayub pada 23 Jul.

Setiausaha Agungnya Hatta Ramli berkata parti itu percaya perkara berkenaan dapat diselesaikan segera memandangkan Mohamad juga berada dalam Jemaah Menteri.

Presiden Amanah itu menyandang jawatan menteri pertanian dan keterjaminan makanan dalam kerajaan perpaduan.



“Kita ada presiden dalam Kabinet, dia boleh bincang (selesaikan),” katanya kepada FMT, mengulas kenyataan Anwar yang memaklumkan jawatan itu masih kosong dan meminta sebarang cadangan pengganti jawatan itu diserahkan kepada beliau.

Hatta menambah parti itu hanya boleh memberi cadangan namun perdana menteri mempunyai kuasa mutlak untuk melantik ahli Jemaah Menterinya.

Beliau juga mengakui pengganti Salahuddin tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

“Tiada… tiada (tiada perbincangan). Pertama kali saya dengar (beri surat kepada PM) tetapi ia berbalik kepada kuasa PM, kita serah pada dia sebenarnya,” katanya.



Terdahulu, Anwar meminta sebarang cadangan diserahkan kepada beliau bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan yang kini dipangku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas) Armizan Mohd Ali.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu



Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker