Teresa terima peluru dalam surat ugutan bunuh

Teresa terima peluru dalam surat ugutan bunuh

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menerima ugutan bunuh dalam bentuk surat termasuk dua butir peluru yang dihantar ke kediamannya.

Kok melalui hantaran di media sosial berkata dia menemui surat dan peluru itu di dalam peti surat di kondominiumnya malam tadi.



“Semalam bila saya pulang ke kediaman rumah saya dan mengambil surat di peti surat saya, saya dapati ada satu sampul surat yang mengandungi benda yang agak keras di dalamnya.

“Bila saya buka sampul surat dan keluarkan kandungannya, saya mendapati dua butir peluru dan satu kertas putih saiz A4 bertulis:- “C*b**lu Cina?!!! Lu akan mati!!!TUNGGU!!!”

Ahli parlimen DAP itu berkata dia telah membuat laporan polis mengenai perkara itu kira-kira jam 9.48 malam tadi di balai polis Petaling.

Katanya, surat dan peluru itu juga telah diserahkan kepada polis. Pasukan polis telah memeriksa peti surat di kondominiumnya untuk siasatan lanjut.



Sekarang ahli politik jadi sasaran

Ditanya jika dia tahu sebab di sebalik ancaman yang tidak menyenangkan itu, dia menjawab, “saya juga terkejut mendapat peluru.”

“Ia seolah-olah satu tren untuk menyasarkan polis, Yang di-Pertuan Agong dan sekarang, ahli politik.

“Saya tidak tahu mahu komen apa sekarang kerana saya sibuk dan tiada masa untuk risau tentang kes ini…



“Saya akan lebih berhati-hati mulai sekarang… Tetapi saya perlu menjalankan tugas seperti biasa,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Pada hantaran Facebook berasingan, Kok berkata Ketua Polis Daerah Brickfields Ku Mashariman Ku Mahmood dan pegawai penyiasat telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengannya petang ini.

“Saya berterima kasih atas keprihatinan KPD Brickfields dan pegawainya terhadap laporan saya.

“Saya yakin polis dapat menjalankan siasatan dengan profesional,” tulisnya dalam catatan itu.



Ku Mashariman berkata Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes ini tidak lama lagi. Mk

Teresa terima peluru dalam surat ugutan bunuh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan

Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024



Maaf ya pelakon bermasalah

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker