PKPD: Kedah mula agih bekalan makanan secara berperingkat

JITRA – Kerajaan Kedah hari ini mula mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di empat mukim di negeri itu.

Menurutnya, bekalan makanan yang antara lain mengandungi beras, minyak masak, sardin dan telur itu diserahkan kepada ketua keluarga yang memakai gelang berwarna putih.

“Di Jerlun pula membabitkan kawasan Megat Dewa sebanyak 427 keluarga dan di Kampung Ulu di Padang Terap pula membabitkan 93 keluarga,” katanya semasa ditemui media.

Halimaton yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam berkata, sebanyak 2,000 kotak bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Selangor dalam proses untuk dihantar ke kawasan ini.



Tambahnya, beliau juga berharap lebih ramai penduduk hadir membuat saringan di tempat yang ditetapkan bagi memudahkan tugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Semalam, Sinar Harian melaporkan kerajaan Kedah akan menyediakan bantuan bekalan makanan kepada penduduk di empat mukim di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap yang terlibat dengan PKPD secara pentadbiran.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor berkata, JKM sedang berusaha mendapatkan jumlah keseluruhan penduduk di kawasan yang terjejas dengan wabak koronavirus (Covid-19) akibat kluster Sivagangga.

 

SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker