NENEK POSITIF COVID-19, KINI KRITIKAL – DALER YUSOF MOHON DOA

Pelakon Daler Yusof menerusi laman Instagram miliknya telah memaklumkan neneknya, Muhammadiyeva Shodi disahkan positif Covid-19 dan kini berada dalam keadaan kritikal ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Uzbekistan. Menurut Daler atau nama sebenar Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 28, doktor memberitahu terdapat jangkitan pada bahagian paru-paru wanita berusia 76 tahun itu.

“Assalamualaikum semua, nenek Daler positif Covid-19 dan dia berada dalam keadaan kritikal di Uzbekistan. Dia sekarang ini dalam keadaan koma dan doktor cakap paru-paru nenek dalam keadaan teruk,” kata pelakon drama ‘Encik Suami Mat Salih Celup’ ini yang turut berkongsi foto bersama neneknya itu.

Memandangkan dia berada di Kuala Lumpur, Daler mengakui bimbang memikirkan keadaan kesihatan neneknya itu. Justeru itu, dia memohon orang ramai mendoakan agar neneknya sembuh daripada jangkitan virus tersebut: “Daler tak tahu nak buat macam mana… tolong doakan untuk nenek saya, please!,” ujarnya.



Sementara itu, rata-rata pengikut meninggalkan komen mendoakan supaya nenek Daler terus kuat melawan Covid-19 dan sihat seperti biasa. Hasil semakan di laman sesawang Worldmeters, seramai 27,300 orang telah dijangkiti Covid-19 di negara berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker