Menteri Kewangan 'belasah' mantan menteri dalam parlimen [Video] · MYKMU.NET

Menteri Kewangan ‘belasah’ mantan menteri dalam parlimen [Video]

Share

Prestasi hutang + liability PH.

Sebelum PH: RM1 trilion.
Selepas PH tumbang: RM1.264 trilion (naik RM264 bilion)

Hutang langsung kerajaan (tanpa liabiliti)
Akhir 2017 (BN): RM686 bilion
Suku pertama 2020 (PH tumbang): RM824 bilion.

Kerajaan PH suruh Rakyat ikat perut tapi defisit dan hutang negara memecut naik macam Roket.

Terdiam Guan Eng dalam dewan tadi.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz memberitahu, jumlah keseluruhan liabiliti ditanggung Putrajaya adalah sebanyak RM1.2 trilion, namun menegaskan ia tidak memberi gambaran bahawa negara akan menghadapi masalah bankrap.

Tengku Zafrul berkata, isu bankrap atau tidak merupakan perkara yang tidak sewajarnya difikirkan atau dibangkitkan, memandangkan negara mempunyai keupayaan untuk membayar hutang dalam masa ditetapkan.

“Mengenai isu negara bankrap atau tidak, itu bukan yang sepatutnya difikirkan, sebenarnya dari segi hutang pada masa sekarang, jumlah hutang keseluruhan negara dalam lingkungan RM854 bilion, tetapi kalau keseluruhan, liabiliti kerajaan adalah RM1.2 trilion.

“Tetapi ini tidak bermaksud negara akan bankrap kerana ia dapat diukur mengikut keupayaan negara membayar hutang dalam masa ditetapkan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Tony Pua (DAP-Damansara) yang memintanya menjelaskan dari manakah kerajaan memperoleh wang, sama ada berdasarkan pinjaman tambahan atau hasil daripada langkah penjimatan.

Isu hutang negara hangat diperkatakan di Dewan Rakyat hari ini susulan beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menggesa Tengku Zafrul menjelaskan apakah benar hutang negara ketika ini mencecah lebih RM1 trilion dan adakah negara akan bankrap.

Pada masa sama, ketika diasak supaya menjelaskan kegunaan wang Tabung Harapan Malaysia yang sebelum ini dikutip daripada rakyat sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Zafrul berkata, wang itu digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

“Tabung Harapan digunakan untuk membayar hutang 1MDB,” katanya ringkas.

Leave a Reply