Kita terlalu sibuk dengan politik

Jika fokus terlalu ‘political’, semua tuduhan mahu dijawab dan dilawan habis-habisan lalu masalah rakyat mengambil masa yang lama untuk selesai.

Kita terlalu sibuk dengan politik

oleh Fuad Rahman

Depa kata Perikatan Nasional sapu bersih enam negeri. Sungguh ke? Kalau dengar dari mulut pengarah pilihan raya PN, memanglah. Pakatan Harapan kata mungkin PN menang besar di Kelantan dan Terengganu tetapi masih ada peluang di Kedah. Selangor dan Negeri Sembilan sukar bagi PN, tambah lagi Pulau Pinang.



Sejak akhir-akhir ini banyak masa tertumpu untuk kerja-kerja politik. Baik fikir apa nak buat untuk tambah pendapatan rakyat, bukan mahu bandingkan siapa lebih hebat dan pandai.

Dalam pada berkempen, sedih sebab kita terpaksa berkata benda-benda tak elok pasal orang lain. Apabila dah ramai berkumpul, memang budaya kita suka mengata dan mencari salah orang lain.

PRN kali ini akan menyaksikan banyak serangan ke atas peribadi pemimpin. Akan banyak recycle stories. Kita akan keliru sama ada yang kita baca kisah dulu atau yang terkini. Jadi kena perhati dengan cermat dan teliti.

Kerajaan kenalah accountable apabila ditanya apa yang telah mereka lakukan untuk kebajikan rakyat. Janganlah terlalu defensif. Tak payahlah nak buat perbandingan dengan kerajaan dahulu. Jadi lebih kuat dan tidak tergugat dengan pandangan-pandangan remeh yang sengaja mahu discredit kemampuan pemerintah.



Tetapi jika fokus terlalu political, semua tuduhan mahu dijawab dan dilawan habis-habisan lalu masalah rakyat mengambil masa yang lama untuk selesai. PRN akan jadi kayu pengukur sejauh mana rakyat menerima pentadbiran PMX.

PRU16 mungkin jauh lagi tetapi sementara menunggu ketikanya tiba, semua pihak cuba mengesan swing undi sesuatu kaum bagi mengatur strategi yang lebih berkesan. Dalam pada itu akan ada pergolakan politik – sama ada real atau tidak – yang menguji ketahanan pentadbiran.

Rakyat mahu ribut politik reda selepas PRN. Tidak kira siapa yang menang. Tetapi kalau dendam masih marak, sukar mencari jalan damai untuk kerjasama baharu. Siapa pun yang duduk di atas akan berhadapan dengan cabaran yang sama.

Apakah akan ada gencatan politik untuk membolehkan berlaku reform ekonomi dan hal-hal lain bagi kebajikan rakyat? Atau semua pihak lebih selesa untuk membiarkan masa menentukan, tunggu dan lihat.



Sejak dulu lagi kita sudah biasa BN jadi kerajaan persekutuan, begitu juga di negeri-negeri. Cuma Kelantan yang lama berada di bawah PAS. Jika ini berubah, kerajaan persekutuan kena adjust cara mentadbir negara. Ini bukan lagi soal kuasa. Ini soal rakyat. Soal kesejahteraan marhaen. FMT

Kita terlalu sibuk dengan politik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sayang abang haji Zul

Senaman terbaik untuk hubungan seks



Iqbal dedah sebab utama jumpa Inspektor Sheila

Pekerja kilang diarah tanggal pakaian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker