Pemain dram Blues Gang meninggal dunia

Pemain dram Blues Gang meninggal dunia

Pemain dram dan pengasas bersama Blues Gang, Shaikh Karim, 70, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang, di sini, jam 1.45 petang, hari ini.

Berita duka itu disahkan vokalis kumpulan yang popular dengan lagu Apo Nak Dikato iaitu Ito Mohd menerusi perkongsian di Instagram.



“Kami baru mendapat perkhabaran pengasas Blues Gang, Shaikh Karim baru sahaja meninggal dunia jam 1.45 petang.

“Pemain dram band blues legenda ini sudah lama bergelut masalah kesihatan, tetapi masih memberi komitmen tinggi setiap kali Blues Gang mengadakan persembahan.

“Salam Takziah buat seluruh keluarga Abang Karim. Semoga Allahyarham mendapat keampunan-Nya dan dikurnia kebaikan seluruh alam,” tulisnya.

Terdahulu, pada 2019, Karim pernah mendapat perhatian peminat yang mengumpul dana untuk pembiayaan penyakit kencing manisnya itu.



Selain Karim dan Ito, Blues Gang turut dianggotai Ghani (keyboard) dan Julian Mokhtar (gitar).

Seorang lagi pengasas Blues Gang dan pemain bass, Jim Mandasamy meninggal dunia pada 2018. BH

Pemain dram Blues Gang meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sayang abang haji Zul

Senaman terbaik untuk hubungan seks



Iqbal dedah sebab utama jumpa Inspektor Sheila

Pekerja kilang diarah tanggal pakaian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker