Akaun Twitter Edisi Siasat disekat

Akaun Twitter Edisi Siasat disekat

Akaun Twitter pemberi maklumat Edisi Siasat, yang baru-baru ini menukar namanya kepada Edisi Khas, disekat malam tadi.

Ia berlaku sehari selepas dakwaannya berhubung bekas Peguam Negara, Tommy Thomas membebaskan anak taikun Vincent Tan daripada tuduhan serius berkaitan dadah.



Dalam beberapa hantaran yang dihantar dalam saluran Telegramnya, Edisi Siasat berkata, sekatan akaunnya dikaitkan dengan dakwaannya melibatkan anak Tan.

Katanya, ini adalah kali kedua akaunnya disekat dan bertanya kepada pengikutnya sama ada ia perlu membuat akaun lain di Twitter atau platform media sosial lain.

Sabtu lalu, Thomas menafikan beliau bertindak secara korup dalam mengendalikan kes anak Tan yang ditahan atas kesalahan dadah semasa beliau memegang jawatan itu.

Akaun Twitter Edisi Siasat mendakwa walaupun anak lelaki Tan ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya kerana terlibat dengan kuantiti dadah sangat besar, Thomas mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).



Dalam kenyataan Thomas berkata, seperti lazimnya dalam hal jenayah, peguam tertuduh mengemukakan representasi bertulis kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menimbang semula keputusan mengenakan tuduhan. FMT

Akaun Twitter Edisi Siasat disekat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker