Shuib asyik dijodohkan dengan wanita cantik

Shuib asyik dijodohkan dengan wanita cantik

SEJAK statusnya bertukar menjadi bapa tunggal, seorang demi seorang nama selebriti wanita tanah air dikaitkan dengan Shuib.

Seperti tidak berkesudahan. Tak cukup dengan Siti Nordiana, Hazwani Helmi dan terbaharu Wan Sharmila pula. Cantik dan sopan semua wanita yang dikaitkan dengan Shuib. Selepas ini, nama siapa pula yang akan terkait pun tidak pasti.



Netizen juga seperti tidak letih untuk mencari jodoh yang baik untuk Shuib dan wanita paling sesuai untuk menjadi ‘ibu’ kepada empat anaknya.

Memang murni niat tersebut tetapi rasa-rasanya cukuplah setakat ini, tak eloklah untuk Shuib. Lama-lama takut orang menyampah pula.

Biarlah Shuib yang tentukan wanita mana untuk dipilih sebagai suri hati menamatkan status bapa tunggal yang dipegangnya kira-kira tujuh bulan lalu.

Nak cari pasangan ni, banyak aspek perlu diambil kira.



Diva doakan Shuib bertemu wanita yang molek daripada semua segi dan disayangi anak-anak. K Online

Shuib asyik dijodohkan dengan wanita cantik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker