‘Ayahanda kirim salam, dia rindu penduduk Felda di Pelangai’ – Nizar Najib

BENTONG – Anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohamad Nizar memaklumkan ayahanda beliau masih boleh mengingati nama-nama penempatan Felda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Beliau berkata, Najib menyebut satu persatu nama tanah rancangan Felda di kawasan tersebut ketika dia bertemu ayahnya.

“Ramai yang mendoakan…kat sini (Pelangai) pun ada yang jumpa saya menangis-nangis tanya keadaan Najib.



“Sewaktu saya jumpa dengan ayahanda dia boleh sebut satu persatu Felda ni. Saya pun belum jejak lagi. Ayahanda tanya, macam mana dengan Felda Kemahal, Felda Kemasul, Felda Chemomoi.

“Dia boleh sebut satu-satu tempat…dia punya ingatan Alhamdulillah…dia (Najib) kirim salam kepada penduduk di sini, dia rindu dengan penduduk di sini,” katanya ketika Program Sembang Santai Ukhwah di Felda Chemomoi, di sini pada Sabtu.

Beliau yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang berkata, semua warga Felda sudah dianggap sebagai sebahagian daripada keluarganya.

Katanya, Felda amat dekat dengan keluarganya kerana Allahyarham datuknya, Tun Abdul Razak Hussein merupakan orang yang menubuhkan Felda.



“Kita ni keluarga Felda, jangan biarkan orang lain pecah belahkan silaturrahim yang ada diantara keluarga Tun Razak dengan Felda.

“Sebab kita ni dianggap sebagai keluarga…ada sejarah antara kita. Sejarah untuk cintakan, majukan bangsa kita dan sejarah untuk memperkukuhkan ekonomi kita

“Sejarah menunjukkan bahawasanya, pemimpin BN bertanggungjawab untuk majukan Felda. Ini fakta,” katanya.

Tambah Nizar, beliau sekeluarga tetap berharap usaha membebaskan Najib dapat direalisasikan.



“Saya yakin BN akan lakukan sesuatu dan usahakan bebaskan beliau. Moga ada sinar tahun ni. Boleh bawa ayahanda jalan-jalan di Felda sini,” katanya dihadapan kira-kira 100 penduduk dan jentera parti itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?



Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker