Pelajar ke luar negara boleh mohon divaksin awal

Pelajar ke luar negara boleh mohon divaksin awal

Pelajar yang perlu mendapatkan vaksin COVID-19 lebih awal untuk menyambung atau meneruskan pengajian ke luar negara, boleh berbuat demikian menerusi aplikasi MySejahtera.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata berdasarkan kemas kini terbaru MySejahtera, kumpulan pelajar berkenaan boleh membuat permohonan untuk mempercepat suntikan vaksin melalui ciri ‘Helpdesk’ dalam aplikasi berkenaan.



Katanya, ciri baharu yang boleh diakses bermula 28 Jun lalu itu bertujuan memudahkan pelajar perlu memenuhi syarat vaksinasi untuk masuk ke negara tertentu bagi tujuan menyambung pengajian.

“Ciri baharu di ‘Helpdesk’ dalam aplikasi MySejahtera diperkenalkan untuk memudahkan permohonan vaksinasi awal bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian ke luar negara.

“Permohonan vaksinasi awal yang dihantar, akan diproses oleh sistem dalam tempoh 10 hari dan status permohonan boleh disemak dalam selepas tempoh berkenaan,” katanya dalam sidang media mingguan secara maya, hari ini. BH

Pelajar ke luar negara boleh mohon divaksin awal




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tukang urut hina azan di Facebook ditahan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker