Salleh mohon sertai Umno semula – Bung Moktar

 

KOTA KINABALU: UMNO Sabah sudah menerima surat permohonan bekas Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak untuk menyertai semula parti, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau berkata surat permohonan Salleh itu diterima UMNO Sabah satu atau dua minggu lalu.



“UMNO sudah pun menerima permohonan (Salleh) secara rasmi dan saya telah memanjangkannya (permohonan) kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk dipertimbangkan dan diperhalusi… (sedang dalam) proses diberi pertimbangan dan kelulusan.

“UMNO Sabah terbuka iaitu kita membuka pintu kepada mana-mana bekas ahli dan pemimpin daripada mana-mana parti termasuk daripada UMNO dahulu yang ingin kembali (menyertai UMNO semula), kita terima,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

 



Terdahulu, Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah menerusi catatan dalam blog beliau sallehsaid.com memaklumkan bahawa beliau telah membatalkan permohonannya untuk menyertai PKR.

Beliau mengambil keputusan itu pada April lalu selepas memikirkan secara mendalam dan mengambil kira landskap politik hari ini termasuk pergolakan dalaman PKR.

Salleh yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia memohon menyertai PKR pada Oktober tahun lalu selepas beliau bersama sebilangan besar kepemimpinan UMNO Sabah meninggalkan parti pada Disember 2018. – BERNAMA

Artikel Berkaitan: Salleh Keruak U-TURN, batalkan permohonan sertai PKR



Related Articles

2 Comments

  1. Org seperti ini bukan berkhidmat utk rakyat, tapi utk diri sendiri. Bila Umno jatuh umpama syarikat yg hampir muflis, dia tak nak sama2 cuba naikkan kembali, tapi berkira2 utk pindah parti atau syarikat lain.
    Sekarang bila Umno sudah kembali, tanpa rasa malu mau kembali. Jika diterima masuk Umno kembali, PRU15 nnt jgn ambil ini org jadi calon lagi.

  2. Tidak lengkap tu lanskap Party di Malaysia kalau tiada yang main katak.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker