Polis siasat dakwaan fitnah borak lucah terhadap ulama PAS

Terkini di My KMU !!!!---->

Polis menyiasat dakwaan fitnah terhadap seorang ulama dan pemimpin pusat PAS yang didakwa terlibat dalam perbualan lucah dalam perkhidmatan perbualan di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Ridzuan Khalid berkata kes disiasat bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (gangguan terhadap ketenteraman) dan Seksyen 233 Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar rangkaian perkhidmatan).

“Setakat ini keterangan pengadu telah diambil.

“Permohonan ke SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) dibuat untuk mendapatkan butir-butir pemilik akaun FB (suspek),” kata Ridzuan.

Katanya, aduan tersebut dibuat di balai polis Serendah pada pagi semalam.

Ridzuan berkata laporan polis dibuat oleh pemimpin kanan NGO dikenali sebagai Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz) terhadap Facebook Alexander Pittsuwan Thomprason.

Ridzuan berkata, Facebook itu mendakwa pemimpin itu terlibat dalam perbualan lucah dengan seorang yang dikenali sebagai “Leena”.

“Pengadu berusia 57 tahun itu bagaimanapun tidak membaca secara terperinci berhubung butir perbualan tersebut kerana dikatakan berasa jijik dan menyifatkan ia hanyalah rekaan oleh pemilik akaun itu,” katanya.

Bagi Seksyen 505(b), jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Bagi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pula, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Malaysiakini telah cuba menghubungi pemimpin itu melalui panggilan telefon, perkhidmatan mesej dan media sosial sejak minggu lalu dan masih menunggu maklum balasnya berkaitan dakwaan itu.

Pentadbir Facebook pemimpin itu semalam berkata terdapat laporan polis dibuat, tetapi tidak mendedahkan kandungannya.

Beliau pada 24 Jun lalu berkata beliau terpaksa menyekat dan beralih ke nombor baru setelah nombor telefon lama didakwa disalah guna.

Alexander semalam menulis di Facebook bahawa dia sedia ke mahkamah.

Mkini

Leave a Reply