Ketandusan pemimpin untuk PRU-15, Bersatu bakal kitar semula ‘kuda tua’

Terdahulu, media melaporkan Bersatu Perlis memberi bayangan akan mengetengahkan semula beberapa tokoh dan nama ‘besar’ yang pernah mewarnai dunia politik tanah air suatu ketika dahulu untuk bertanding pada PRU15 nanti.

Antara nama besar disebut-sebut mahu membuat ‘come back’ ialah Mohd Radzi (Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu) yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kangar dan menjawat jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri antara 2006 hingga 2008 serta Azmi yang penah memegang jawatan bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Ahli Parlimen Padang Besar.

Pengerusi Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah, berkata penyertaan semula mereka dalam PRU akan datang bagaimanapun akan dilihat kepada keperluan parti itu dalam usaha untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan di negeri itu kelak.



Dalam pada itu, Jeniri berkata, tindakan Bersatu berkenaan juga membuktikan bahawa dakwaan bahawa kekuatan mereka hanya menggantung kepada ‘katak politik’ atau pemimpin yang melompat parti adalah memang benar.

Beliau berkata, tindakan itu juga menggambarkan Bersatu sebenarnya tidak mempunyai kekuatan jentera akar umbi sendiri terpaksa bergantung dengan parti komponen lain dalam Perikatan Nasional (PN) terutama Pas untuk menang kerusi pada PRU15 nanti.

“Oleh itu, saya berpandangan Bersatu sukar untuk mempertahankan 13 kerusi Parlimen disandang oleh wakil rakyatnya pada PRU15 nanti,” katanya.

DR AWANG AZMAN
DR AWANG AZMAN

 



KETANDUSAN CALON MUDA

Sementara itu, Felo Penyelidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, tindakan Bersatu mengitar semula muka lama berkenaan belum tentu akan membuahkan hasil kerana mereka sudah lama tak aktif berpolitik.

Malah, Awang Azman menegaskan kini sudah ada generasi kedua dan ketiga atau pemimpin muda yang boleh memainkan peranan secara lebih efektif serta sudah sewajarnya mengambil tempat dalam politik.

Beliau berkata, tindakan berkenaan juga seolah-olah menunjukkan Bersatu ketandusan calon muda berwibawa sehingga memanggil ‘orang pencen’ untuk kembali aktif berpolitik.



Katanya, tindakan berkenaan juga menunjukkan barisan kepimpinan tertinggi Bersatu dilihat kurang yakin keupayaan pelapis terdiri golongan muda untuk diangkat sebagai pemimpin masa depan mereka.

“Tindakan ini belum tentu mampu tarik undi golongan muda terutama mereka pertama kali mengundi dan berusia antara 18 hingga 30 tahun serta pengundi atas pagar.

“Sentimen orang muda sebagai pemimpin masa depan kurang diserlahkan dan akan menyebabkan kumpulan ‘recycle’ ini dianggap masing-masing mahu berpolitik sedangkan zaman mereka sepatutnya diambil alih oleh muka-muka baru yang sedang memegang jawatan dalam Bersatu,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)



Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah

Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker