Cubaan Guan Eng “Melembukan” Rakyat Dikantoikan oleh Bossku

“Kan saya dah beri amaran awal-awal bahawa Guan Eng akan guna propaganda “menang” saman RPK untuk menipu penyokong-penyokong mereka?”

Tak mengapa, saya jawab satu-persatu..

 

NOMBOR 1)

Kertas siasatan SPRM terbongkar merakamkan pengakuan pemilik syarikat terowong berkata projek itu telahpun dijanji akan diberi kepada mereka SEBELUM tender dibuka. Lagipun, itu bukan proses tender. Ianya proses RFP (Request for Proposal) yang bukan tender.

 

NOMBOR 2)

Guan Eng menipu! SPRM tak pernah berkata pada November 2018 bahawa siasatan terowong telah berakhir dan tidak akan ada apa-apa pertuduhan atas projek ini.

Malah pada Mac 2019, SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa 6 kertas siasatan kes terowong MASIH terbuka:
https://www.sprm.gov.my/index.php/arkib-kenyataan-media/3283-sprm-buka-6-kertas-siasatan-berkaitan-projek-terowong-dasar-laut-pulau-pinang

Pada April 2019, seorang ahli perniagaan didakwa dalam mahkamah kerana menerima bayaran RM19 juta dari syarikat terowong dalam cubaan untuk menghentikan siasatan SPRM https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/04/548339/terowong-pulau-pinang-ahli-perniagaan-didakwa-tipu-rm19-juta

Pada Sep 2019, ketua SPRM Latheefa Koya juga berkata kes terowong masih aktif dan masih dalam siasatan.
“6 Sep 2019: Pressed for undersea tunnel probe report, MACC says such info confidential while cases active”
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/09/06/pressed-for-undersea-tunnel-probe-report-macc-says-such-info-confidential-w/1787880

Tang mana bahawa siasatan sudah siap pada November 2018 seperti dikata Guan Eng hari ini?

 

NOMBOR 3)

Guan Eng juga memfitnah SPRM dalam kenyataannya.
SPRM tak buat laporan polis kerana fitnah.

SPRM buat laporan polis kerana kertas siasatan mereka yang mengandungi pengakuan boss syarikat terowong telah memberi pelbagai rasuah kepada pemimpin-pemimpin DAP telah terbocor.

Eh.. langsung tak bijak Guan Eng ni.
Kenapa SPRM perlu ambil kisah jika projek terowong kesayangan Guan Eng difitnah?

 

NOMBOR 4)

Guan Eng saman RPK di Malaysia sedangkan RPK di UK. Sebab itu, Guan Eng “menang” kes dimahkamah kerana RPK langsung tak hirau kes.

Sebab RPK tak cabar kes di Malaysia ini, mahkamah telah perintah Guan Eng menang kes saman fitnah dia dengan cara penghakiman terus (summary judgment) tanpa perbicaraan.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157172653910952

 

NOMBOR 5)

Jika ianya projek pembangunan penting, kenapa pulak tiada kerja pembinaan pernah bermula sejak projek itu diberi kerajaan DAP 7 tahun dahulu pada tahun 2013?
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157172514220952


——
Posting Guan Eng.
https://www.facebook.com/127235530639890/posts/3603797892983619/?d=n
Posting DAP:
https://www.facebook.com/DAPPulauPinang/photos/a.10152176403419129/10160337123649129/

FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker