Nahas ibu hamil: Polis cari dua mat rempit

Nahas ibu hamil: Polis cari dua mat rempit

KOTA BHARU: Polis mencari dua individu dipercayai berlumba dengan remaja yang maut selepas merempuh ibu hamil sehingga bayi lelakinya terkeluar dari kandungan di Kampung Banggol Stor, Pasir Mas, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, ketika kejadian, remaja yang maut itu, Muhamad Shakim Mohd. Zaki,18, yang menunggang motosikal Yamaha Y15 dipercayai sedang berlumba dengan dua lagi remaja lain.



Kata beliau, dua remaja terbabit adalah saksi kejadian yang diperlukan bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan maklumat, Muhammad Shakim adalah pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di daerah Pasir Mas.

“Polis harap dua rakan mangsa ini dapat tampil memberi keterangan,” katanya kepada pemberita ketika Majlis Penutup Kejohanan Karnival Sukan (Dart, Catur, Karom dan e-Sukan) Piala Ketua Polis Negara yang disempurnakan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shafien memberitahu, beliau telah mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Trafik Kelantan memantau kawasan yang sering dijadikan tempat berlumba haram di seluruh daerah.



“Kumpulan remaja itu dipercayai mengambil kesempatan menjadikan tempat itu kawasan berlumba ketika cuti hujung minggu,” katanya.

Nor Haliza Abdul Yazaib, 25, yang sarat mengandung maut sehingga bayi lelakinya terkeluar daripada rahim selepas motosikalnya dirempuh sebuah motosikal lain ditunggang seorang remaja.

Dalam kejadian pukul 7 petang Sabtu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala bayinya maut semasa menerima rawatan di Hospital Pasir Mas.

Turut maut, penunggang motosikal yang merempuh mangsa iaitu Muhamad Shakim. Utusan



Nahas ibu hamil: Polis cari dua mat rempit


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)



https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker