Serangga disangka daun, kelibat Phyllium Giganteum undang 1 juta tontonan (Video)

Serangga disangka daun, kelibat Phyllium Giganteum undang 1 juta tontonan di Internet

Rupa serangga tersebut yang saling tidak tumpah seperti sehelai daun hijau, benar-benar mengagumkan warganet.

Percayalah, apa yang bakal disaksikan dalam video yang tular ini memang wujud dan agak mengejutkan.



Sebuah video yang memaparkan kelibat seekor serangga daun gergasi yang turut dikenali sebagai Phyllium Giganteum, tiba-tiba tular bagai di media sosial.

Ia kerana susuk serangga tersebut saling tidak tumpah seperti sehelai daun dan agak sukar juga untuk membezakan antara keduanya.

Difahamkan video yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi Science by Guff itu telah mengundang lebih 1 juta tontonan. Klip video tersebut juga turut dikongsi di akaun Instagram Eso.world.

“Serangga daun terbesar di dunia. Phyllium Giganteum adalah serangga daun yang sangat lebar dan besar dengan badan yang berbentuk seperti daun.



“Kakinya yang mempunyai ruas-ruas membuatkan ia lebih kelihatan seperti daun. Kulitnya berwarna hijau dengan bintik-bintik coklat di tepinya.

“Dua titik coklat turut menghias bahagian atas perutnya. Warna hijau dan jumlah bintik coklat di tepinya membezakan antara individu berbeza.

“Serangga betina boleh mencapai ukuran sekitar 10cm,” tulis keterangan dalam perkongsian tersebut.



Spesies ini hanya terdiri daripada betina dan ia adalah serangga yang sangat jinak. FMT

Serangga disangka daun, kelibat Phyllium Giganteum undang 1 juta tontonan (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker