Pembukaan semula perkhidmatan semasa MCO hanya untuk zon hijau, bukan seluruh negara – Wan Junaidi

Kebenaran yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia bagi pembukaan semula perniagaan seperti perkhidmatan dobi dan kedai gunting rambut semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah hanya untuk “zon hijau” dibawah kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia dan bukannya untuk seluruh negara, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini.

Beliau berkata, senarai jenis perkhidmatan tambahan yang boleh beroperasi sepanjang perintah kawalan pergerakan, telah dibincangkan di dalam satu mesyuarat khas cabinet yang telah ditubuhkan atas arahan Perdana Menteri semasa mesyuarat kabinet yang diadakan dua minggu yang lepas.

Mesyuarat jawatankuasa khas kabinet berkenaan ekonomi itu yang turut mengkaji untuk membenarkan perniagaan tertentu untuk dibuka semasa tempoh PKP, namun hanya dihadkan untuk kawasan zon hijau sahaja.

“Jawatankuasa telah menyediakan satu laporan dan mengenalpasti perniagaan tertentu, selepas perbincangan, telah dipersetujui untuk operasi perniagaan tertentu di kawasan zon hijau diberi kebenaran untuk dibuka semula”



“Ia tidak benar, apabila ada yang mengatakan pembukaan perniagaan tersebut adalah untuk perniagaan dan perkhidmatan di seluruh negara,” kata beliau ketika ditemuramah oleh akhbar The Borneo Post.

Di dalam pemetaan harian yang direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat 29 kawasan yang bertaraf Zon Hijau yang mana tiada langsung kes Covid-19 direkodkan sehingga 11 April 2020.

Di dalam laporan yang sama, The Borneo Post turut melaporkan Datuk Seri Wan Junaidi berkata, jawatankuasa khas cabinet tersebut turut risau akan kesan daripada tempoh PKP yang berpanjangan kepada ekonomi negara. Ini termasuk kerisauan golongan pelabur antarabangsa yang telah melabur di dalam negara ini.

Beliau juga menekankan bahawa, menurut kajian yang dijalankan oleh kerajaan, bank dan institusi-institusi sosial, telah mencadangkan bahawa akan ada tahap pengangguran yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Ini terjadi apabila terdapat perniagaan yang tepaksa dihentikan dalam beberapa minggu akan datang, sekiranya jika perniagaan tidak dapat beroperasi.



Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 10 April 2020 yang lepas, telah mengumumkan sektor tambahan yang akan dibenarkan beroperasi semasa MCO, yang mana ini merupakan tambahan kepada perkhidmatan penting yang sebelum ini sudah dibenarkan beroperasi sebelum ini.

Sektor tambahan ini termasuk industri automotif, jentera dan industri peralatan, industri aeroangkasa, industri pembinaan, perkakasan, kedai elektrik dan elektronik dan optometris dalam industri borong dan runcit, sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (bersampingan dengan amalan undang-undang, minyak dan gas, aktiviti R&D Covid-19 dan makmal ujian); penjagaan kesihatan sosial (termasuk pengamal perubatan tradisional Cina yang berdaftar), pendandan rambut dan kedai dobi yang serba lengkap.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu turut berkata, kerajaan akan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) dan protokol bagi perniagaan ini dengan pengawasan ketat oleh polis dan tentera, bagi memastikan tiada yang ingkar dalam pematuhan peraturan ini.

Pada 10 April, kerajaan juga mengumumkan pelanjutan lagi MCO, yang kini telah dilanjutkan sehingga 28 April.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker