Senarai industri dibenar beroperasi belum muktamad – Ismail

Pengumuman Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) untuk membenarkan operasi kedai gunting rambut semasa tempoh fasa ketiga perintah kawalan pergerakan (PKD) belum muktamad, kata Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata meskipun industri berkenaan berada dalam senarai untuk beroperasi bermula 15 April, namun bukan bermakna ia akan terus dilaksanakan secara automatik.

Menurutnya, cadangan tersebut juga tertakluk kepada kawasan yang dianggap sebagai zon hijau oleh pegawai kesihatan.

“Ini keputusan akan dibuat Miti, lebih-lebih lagi cadangannya di kawasan hijau sahaja dan bukan kawasan merah dan sebagainya.

“Maklum lanjut dan prosedur operasi dan sebagainya akan dijelaskan oleh Miti,” kata menteri pertahanan itu dalam sidang media di Putrajaya.

Ismail juga berkata pihak kementerian akan menjelaskan lebih lanjut berkenaan perkara tersebut dan kenyataan media akan dikeluarkan.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker