#PrkKimanis : Sokongan BN Meningkat, Kesediaan Anifah Turun Padang Semarak Kempen PRK Kimanis

Hari keempat berkempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis membuat calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin atau lebih dikenali Datuk Moh, optimis dengan sokongan penduduk khususnya kalangan pengundi di kawasan berkenaan.

Menurut beliau lawatan rumah ke rumah dan pelbagai kaedah lain berkempen tenyata menampakkan pengundi di Kimanis rata-rata telah beralih sokongan kepada BN.

“Alhamdulilah saya sangat berpuas hati apabila saya berkempen dari rumah ke rumah dalam keadaan terhad begini respon yang kita terima cukup positif. Mereka sudah sedar dan faham kenapa mereka perlu menyokong BN.

“Dalam banyak rumah yang saya lawati itu banyak rumah-rumah yang saya tahu sebelum ini mengundi pembangkang. Saya naiki rumah itu dan jumpa mereka, Alhamdulillah. Mereka mengatakan sudah sedar dan mengatakan tidak mahu lagi mengundi warisan.



“Jadi saya sangat yakin dan percaya dan insya-Allah pada 18 Jan nanti mereka akan membuat keputusan yang sebijaknya. Kita akan terus mendekati pengundi seramai mungkin dan menyampaikan permintaan kita dan hasrat kita supaya sama-sama dengan BN pada hari mengundi nanti. Bukan untuk saya tetapi untuk rakyat Kimanis dan rakyat Sabah,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain beliau melahirkan rasa gembira apabila penyandang sebelum ini, Datuk Seri Anifah Aman sedia untuk berkempen di Kimanis.

“Pertamanya gembira apabila dapat maklumat dan sebelum ini pun kita sudah berhubung dan telah berkomunikasi juga dengan Datuk Seri Anifah.

“Ini akan membantu kempen kita supaya memilih BN dan Datuk Seri Anifah bukan juga pemimpin yang baru. Beliau seorang pemimpin yang cukup senior, cukup lama berkhidmat di Parlimen Kimanis ini.



“Apabila beliau turun bersama-sama dengan kita dalam kempen ini saya percaya ia akan melonjakkan lagi sokongan dan juga tahap majoriti. Insya-Allah saya cukup optimis itu dengan kehadiran beliau akan membantu kita,” ujarnya. – UMNO Online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker