Karim Bujang Banglo 8 juta, Resort, Shafie Apdal banglo 13 juta, RM53 juta Albion Street London, rakyat dapat apa?

Share


Berulang kali Shafie dan Karim Bujang mengulangi apa rakyat dapat di Sabah dan Kimanis? Masa Shafie sebagai Menteri KKLW dan Karim Bujang Pembantu Menteri kewangan apa dia bikin? Yang pasti Shafie dan Karim jutawan, banglo mewah…

Kempen PRK Kimanis medan ungkit mengungkit kisah silam dan menuding jari tentang pembangunan di Sabah dan Kimanis.

Shafie dan Karim Bujang mendakwa kegagalan ini adalah kegagalan BN. Namun yang menjadi Menteri kabinet puluhan tahun dan Menteri KKLW dengan dana RM14.6b untuk Sabah ialah Datuk Seri Shafie Apdal. Netizen mempersoalkan dalam tempoh 7 tahun apa dia buat untuk Sabah dan Kimanis?

Begitu juga dengan Karim Bujang bekas Pembantu Menteri Kewangan dan Pelancongan Sabah itu. 5 Penggal sebagai Adun Bongawan, rakyat meluat. Baru sekarang Karim Bujang mahu meminta maaf atas kesilapan lalu.

Apapun persamaan kes Shafie Apdal dan Karim Bujang ialah mereka menjadi jutawan ketika berjawatan Menteri. Malah media memainkan dua iaitu kekayaan rumah banglo jutaan ringgit dan juga kes rasuah.

Dua artikel Sabahkini2 sebelum ini mendedahkan selain rumah di Kota Kinabalu Shafie juga memiliki Rumah Banglo mewah 3 tingkat di Hartamas Heights. N0.28A Jalan Changkat Hartamas 2, Hartamas Heights 50480 Kuala Lumpur berharga RM13 juta.

[ARTIKEL BERKAITAN – Siapa kata Shafie Apdal tak Rasuah? Banglo Mewah Hartamas Heights RM13 Juta miliknya ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Rakyat Sabah Menangis Melihat Rumah Mewah RM13 juta Shafie Apdal! ]

Setakat ini Shafie Apdal tidak  pernah menafikan rumah banglo ini atau mencabar pihak tertentu termasuk polis menyiasat dakwaan itu. SPRM juga mempunyai maklumat ini. Persoalannya dari mana Shafie memperolehi kekayaan ini? Kisah rasuah Shafie Apdal sehingga ditangkap SPRM bukan kisah dongeng ia kisah benar dari bekas Menteri KKLW yang gelojoh. Ia bukan pertuduhan politik sebagaimana kenyataan Latheefa Koya Ketua Pesuruhjaya SPRM yang datang mencium tangan Shafie ke Sabah. 

Kamu fikir SPRM akan mengambil tindakan terhadap Shafie?

Begitu juga Sabahkini2 telah mendedahkan Apartment mewah milik Dato’ Seri Shafie Apdal di N0.5 Albion Street London berharga £9,950,000.00 atau RM53 juta.

[ARTIKEL BERKAITAN – Selepas Banglo RM13 juta kini rumah Shafie Apdal RM53 juta No.5 Albion Street London terbongkar ]

Isu-isu kes rasuah Shafie Apdal boleh dibaca lebih menyeluruh boleh dibaca dalam artikel ini

[ARTIKEL BERKAITAN – Shafie Menteri KKLW 2009-2015, peruntukan RM38.8B, Sabah RM14.6B, Apa Shafie buat untuk Sabah, Kimanis? ]

Karim Bujang ‘Kaki Rasuah’ abaikan rakyat ketika kaya

Sementara itu bagi Karim Bujang tidak kurang hebatnya. Bekas Pegawai Kerajaan ini kaya raya selepas menjadi ahli politik negeri dan menjawat jawatan kerajaan.

Pada tahun 2005 Karim Bujang menjadi bualan dan kontroversi apabila dikaitkan dengan Kes Rasuah serta kekayaan melampau. Ketika sebagai Pembantu Menteri Pelancongan Sabah, Karim sudah mampu membina rumah bernilai RM8 juta selain memiliki Resort di Binsuluk. Beliau disiasat oleh BPR (kini SPRM) ketika itu yang memungkin sebab salah satu namanya digugurkan sebagai calon Pilihanraya.

Turut melaporkan Malaysia Today pada tahun 2005 mendakwa Karim Bujang memiliki rumah mewah dan terlibat dengan kes rasuah. Laporan tersebut juga mendakwa Karim memiliki rumah bernilai RM8 juta.

Kepada rakyat Kimanis. Ketika dia kaya malah Karim kekal dilantik sebagai Pengerusi Sabah Port dan Lembaga Pelabuhan-pelabuhan dengan gaji puluhan ribu. Ada dia datang melawat dan kisah sudah hidup kamu? Ada dia melawat Dun Membakut? Dan kini beliau mahu kembali dengan mengulangi perangai lama. 

sumber
[http://sabahkini2.com/en/news/2475/karim-bujang-banglo-8-juta-resort-shafie-apdal-banglo-13-juta-rm53-juta-albion-street-london-rakyat-dapat-apa/view]



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *