Undi tidak percaya: Sulaiman tak goyang

Undi tidak percaya: Sulaiman tak goyang

MELAKA – “Saya nak lihat (undi tidak percaya) berlaku atau tidak”

Itu reaksi Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berhubung spekulasi akan berlaku undi tidak percaya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang bermula 25 Julai depan.



Katanya, berita itu hanya spekulasi daripada pihak-pihak tertentu yang tidak senang melihat Melaka dalam keadaan aman dan tenteram.

“Spekulasi tu sudahlah, pada saya tiada apa-apa dan kalau ada undi (tidak percaya), apa nak takut.

“Benda ini tidak ada, tidak tahu daripada mana datang, mungkin ada orang tidak suka lihat kita dalam keadaan aman dan tenteram,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Majlis Pelancaran Pelan Strategik Jabatan Ketua Menteri Melaka 2022-2026 dan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Melaka Tahun 2022 di sini, hari ini.



Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan terdapat desas-desus mengatakan ada pihak sedang mendesak untuk mengambil-alih tampuk kepemimpinan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, laporan itu disanggah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan memberi jaminan tidak akan mengkhianati mandat rakyat. K Online

Undi tidak percaya: Sulaiman tak goyang


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara



Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker