Keluhan Rakan-Rakan Sewaktu Pemerintahan Warisan Jadi Pembakar Semangat Saya – Sufian Abd Karim

Keluhan rakan-rakan sewaktu pemerintahan warisan sebelum ini menjadi pembakar semangat saya untuk memberikan khidmat bakti andai terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas di dalam Pilihanraya Negeri Sabah (PRN) kali ini.

Itu tegas Sufian Abd Karim ketika memperkenalkan diri sebagai calon Barisan Nasional bagi N03 Pitas malam ini

Calon Termuda BN Ikrar Bawa Perubahan Drastik Demi Pembangunan Belia
Katanya tujuan beliau menjadi calon ini adalah untuk mengembalikan UMNO Dan Barisan Nasional (BN) sebagai satu kerajaan terutamanya selepas merasakan kekurangan dan memang tidak ada apa-apa kemajuan dan peluang baru khususnya peluang untuk anak muda sepanjang parti warisan memerintah negeri Sabah.

Beliau yang berucap di sesi memperkenalkan calon di PDM pingan-pingan itu turut berkata memang sangat jauh berbeza dengan apa yang mereka terima Ketika BN menjadi pemerintah berbanding dengan pemerintahan Warisan.



“ Saya selama ni menyelami keluhan-keluhan anak-anak muda terutamanya dari segi peluang pekerjaan dan kebajikan mereka dan memang tidak ada apa-apalah yang mereka terima “ katanya lagi.

Dalam pada itu beliau turut menyeru anak muda di kampung berkenaan untuk melakukan perubahan dengan memberikan undi semula kepada calon Barisan Nasional pada PRN kali ini

“ Jika dahulu kita kena cop bahawa kekalahan BN dahulu adalah kerana anak-anak muda , jadi saya merayu dan meminta pada PRN kali ini bahawa anak-anak muda ini sudah betul-betul berubah dan akan mengambalikan Kerajaan barisan Nasional sebagai Kerajaan negeri katanya lagi

Dan kemenangan itu nanti bukanlah untuk saya tetapi adalah kemenangan untuk semua katanya lagi. BN



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker