Jumlah mangsa banjir di Perak menurun pagi ini

IPOH, 17 Sept — Jumlah penduduk yang terjejas banjir sehingga terpaksa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perak menurun kepada 19 orang pagi ini berbanding 126 orang semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, kesemua mangsa dari daerah Kerian di Kampung Parit Abu Hassan Alor Pongsu daripada tujuh keluarga itu masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu sehingga 10 pagi ini.

“Mangsa terdiri daripada tiga lelaki dewasa, tujuh perempuan dewasa, tujuh kanak-kanak dan dua bayi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Sukarelawan Malaysia ditugaskan bagi memantau keadaan banjir dan PPS.

PPS itu mula dibuka sejak lewat petang Ahad lepas selepas kediaman penduduk dinaiki air akibat banjir kilat di kawasan berkenaan.

— BERNAMA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker