LTTE: Kemampuan polis direndah-rendahkan, bidas Zahid Hamidi

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi membidas tindakan mahkamah menggugurkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas Adun Seremban Jaya, P Gunasekaran.

Beliau yang juga presiden Umno mendakwa terdapat perbalahan polis dengan peguam negara, Tommy Thomas.

“Apabila tangkapan dibuat di bawah Sosma, peguam negara membebaskan mereka ini.

“Jangan rendah-rendahkan kebolehan dan kemampuan polis sebab mereka menjaga semua agama dan rakyat tanpa mengira parti politik demi keselamatan negara,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana BN di Kampung Rimba Terjun sempena PRK Tanjung Piai.



Turut hadir sama tu adalah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa; ahli Parlimen Sembrong, Hishamuddin Hussein; Presiden MCA, Wee Ka Siong; Timbalan Presiden MIC, M Saravanan dan Pengerusi BN Johor, Hasni Mohammad.

Semalam, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas Gunasekaran.

Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad mengemukakan permohonan itu di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua sebelum ini, Gunasekaran didakwa memiliki item berhubung kait LTTE di pejabat dan kediaman beliau.



Zahid juga hairan bagaimana Thomas boleh melepaskan pemimpin-pemimpin dalam tahanan Sosma.

Beliau berkata BN perlu pertahankan pihak polis dam jika kejayaan memihak kepada BN.

“Ini secara langsung kita turut membela nasib polis dan keluarga mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zahid berkata jangan jadi seperti calon PH yang cakap “semberono”.



“Kita mahu semua permasalahan dibawa rakyat dapat disuarakan di Dewan Rakyat walaupuntahu kita tak ada peruntukan tetapi kerajaan satu penggal harus diajar.

‘Kita akan pastikan 40 ahli Parlimen tidak akan lompat parti jika Wee Jeck Seng menang, Wee Ka Siong ada kawan dan MCA ada masa depan cerah,” katanya.

Zahid juga secara berseloroh menawarkan jawatan menteri penuh kepada ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan jika prestasi ditunjukkan di Pontian.

“Bagaimana pun tertakluk kepada persetujuan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang,” katanya.



FMT

Related Articles

One Comment

  1. Sudah dijangka dari awal ini akan berlaku,berpandukan dengan kebanyakan kes yg membabitkan anggota ph sejak dari mula menjadi kerajaan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker