Maszlee tegur kerajaan Sarawak bayar hutang peminjam PTPTN.
Apa yang kerajaan Sarawak lakukan adalah terbaik untuk rakyat negerinya. Mereka adalah kerajaan yang bertanggungjawab bukan macam PH yang sudah nyata menipu peminjam PTPTN dengan janji-janji kosong. Mana pendidikan percuma Maszlee?
Nak bantu pelajar-pelajar yang minta bantuan pun menteri dah bosan.
Berikut adalah petikan berita dari FMT :-
Maszlee: Lebih baik Sarawak sediakan kerja berbanding RM30 juta bayar pinjaman PTPTN
Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mencadangkan kerajaan Sarawak menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat berbanding memperuntukkan RM30 juta untuk membantu graduan negeri itu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
“Selain insentif itu (peruntukan RM30 juta untuk bayar pinjaman PTPTN), elok kita berusaha menyediakan peluang pekerjaan dengan bayaran lebih tinggi kerana itu lebih mampan dan dapat meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Bila mereka mempunyai gaji lebih tinggi, mereka boleh membayarnya (pinjaman PTPTN).
“Yang lebih penting, kita inginkan kelangsungan, jadi kita galakkan mana-mana kerajaan negeri membuka lebih banyak peluang pekerjaan lebih mampan dan juga bergaji tinggi kepada rakyat,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg dilaporkan berkata, kerajaan negeri akan menyediakan RM30 juta menerusi Belanjawan Sarawak 2020 dan mencari mekanisme terbaik untuk membantu graduan yang menghadapi kesukaran membayar pinjaman PTPTN atas sebab tertentu.
Sementara itu, Maszlee mengulangi usaha PTPTN menawarkan insentif pelepasan cukai untuk menggalakkan majikan membayar pinjaman PTPTN pekerja.
“PTPTN telah menawarkan beberapa insentif cukai dan ini telah diluluskan Kementerian Kewangan, kita menawarkan kepada mana-mana majikan untuk membayar hutang PTPTN pekerja mereka.”
FMT