Liz Truss diumum sebagai PM Britain baharu

LONDON – Liz Truss diumumkan sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu hari ini, selepas memenangi undian kepimpinan dalaman bagi parti Konservatif.

Bekas Setiausaha Kementerian Luar itu mengalahkan pesaingnya yang merupakan mantan Menteri Kewangan, Rishi Sunak, dengan   81,326 undian berbanding 60,399, selepas persaingan sepanjang musim panas yang disebabkan oleh peletakan jawatan Boris Johnson Julai lalu.

Sejurus selepas diumumkan memenangi undian, Truss berikrar untuk menyampaikan ‘pelan berani’ bagi memotong cukai, mengembangkan ekonomi Britain dan menangani lonjakan kos tenaga.



“Saya akan melaksanakan pelan berani yang memotong cukai dan mengembangkan ekonomi negara.

“Saya juga akan menangani krisis tenaga serta menyelesaikan masalah kenaikan bil tenaga rakyat,” katanya.

Susulan kemenangan tersebut, Truss, 47, akan menjadi Perdana Menteri Britain ke-15 semasa pemerintahan Ratu Elizabeth II.

Beliau juga akan menjadi Perdana Menteri Britain wanita yang ketiga selepas Theresa May dan Margaret Thatcher.



Truss bakal membentuk kerajaan esok (Selasa), sejurus selepas Johnson mengemukakan peletakan jawatannya secara rasmi kepada Ratu Elizabeth. – AFP

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Siasat Rizal Mansor segera – Kadir



Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker