GPS kekal bersama PN, Anwar cuba pengaruhi pengundi Sabah

GPS sebentar tadi menafikan dakwaan Anwar yang mereka akan menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan.

Ia adalah perang saraf yang cuba dimainkan oleh Anwar dalam mempengaruhi pengundi di Sabah agar tidak memberi undi kepada gabungan parti kerajaan Persekutuan.

Seorang lagi pemimpin GPS Nanta Linggi memberitahu bahawa dia telah bercakap dengan GPS dan Presiden PBB Abang Johari Openg, yang mengesahkan masih bersama Muhyiddin.

“Kami tak faham kenapa (Anwar) yang tidak berhubung dengan siapa pun dari kami, (dakwa) kami adalah sebahagian dari scheme yang dibawanya.



“Kami tidak bersama (Anwar) dan kami tidak akan menyokongnya. Kami kekal teguh belakang Muhyiddin di Perikatan Nasional,” katanya lagi.

Sebentar tadi, Anwar mengadakan sidang media tergempar di Kuala Lumpur bagi mengumumkan dia meraih sokongan kukuh anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Baca : TERKINI: Kerajaan PN jatuh, Anwar dakwa ada majoriti [Video]

Baca: Tok Mat : Itu semua gimik Anwar saja nak alih perhatian pengundi Sabah



Baca: Semua 18 ahli Parlimen PAS tidak bersama Anwar, kata Tuan Ibrahim

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan negeri akan terus memfokuskan kestabilan politik dan pembangunan di Sarawak.

Katanya, kerajaan GPS bekerjasama baik dengan kerajaan persekutuan semasa di bawah formula Perikatan Nasional (PN).

“Setahu saya, tiada pemimpin GPS yang berpaling tadah. Selain itu, kami mengadakan mesyuarat (mingguan) Kabinet dengan perdana menteri pagi ini dan membincangkan isu mengenai rakyat dan pembangunan di Sarawak,” katanya kepada FMT.



Beliau berkata, rakannya daripada GPS, termasuk Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi turut menghadiri mesyuarat itu dan semuanya baik-baik saja.

“Jika ada pemimpin GPS yang mahu menyokong Anwar, Ketua Menteri kami, Abang Johari Openg akan hubungi kami terus.”

Wan Junaidi yang juga menteri pembangunan usahawan dan koperasi, meminta orang Sarawak tidak mendengar sebarang khabar angin yang boleh menyebabkan ketidakstabilan negara.

“Jangan dengar (cakap) orang yang obses hendak menjadi perdana menteri seterusnya, mengabaikan ekonomi, keselamatan dan kebajikan rakyat,” kata ahli Parlimen Santubong itu.



Sementara itu, Ahli Parlimen Batang Lupar daripada PBB, Rohani Karim memberi jaminan GPS tetap kuat dan bergerak dalam arah sama.

“Saya tidak rasa beliau mendapat sebarang sokongan daripada ahli Parlimen GPS dan saya tidak tahu pun beliau membuat pengumuman itu atau sidang media mempunyai ‘majoriti mencukupi’ untuk menubuhkan kerajaan baru,” katanya sambil menambah mereka akan terus menyokong Muhyiddin.

Dalam pada itu, Linggi mengingatkan presiden PKR itu supaya menghentikan permainan politik tidak matang demi mencapai kepentingan dan cita-cita peribadinya.

Beliau yang setiausaha agung GPS dan PBB berkata, sebagai ahli politik veteran dan berpengalaman, Anwar perlu menghentikan cubaan menimbulkan ketidakstabilan yang hanya akan memberi kesan buruk kepada rakyat serta ekonomi.



Katanya, GPS yang dianggotai PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) berpegang teguh kepada prinsip perlunya kerajaan persekutuan yang stabil demi kebaikan rakyat serta ekonomi negara.

“Tambahan pula ketika negara sedang berperang dengan penularan Covid-19 dan fokus sepenuhnya ditumpukan dalam memulihkan ekonomi rakyat dan negara.

“GPS sekali lagi menegaskan parti ini menolak sekerasnya PKR yang bersekutu dengan pihak tidak bertanggungjawab dan angkuh melemparkan tuduhan Sarawak akan bankrap di bawah kepimpinan GPS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azizah dakwa Anwar hanya sandiwara ganggu PRN Sabah



Claims of GPS ending ties with PN ‘rubbish’ aimed at influencing Sabah voters

A Gabungan Parti Sarawak (GPS) leader has rebuffed claims that the state ruling coalition was considering severing ties with Perikatan Nasional (PN) because of friction with Parti Pribumi Bersatu Malaysia and Umno.

Parti Pesaka Bumiputra Bersatu vice president Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah rejected the claims, asserting that they were part of a psychological warfare targeted at voters in the upcoming Sabah state election.

“Rubbish!! This is just rumours and a psywar to influence the voters in Sabah to vote for a Sabahan party,” he said in a text message over WhatsApp when contacted over a report in the Malay Mail today.

“There’s no problem between GPS and PN. The relationship is good. Definitely better then with PH (Pakatan Harapan) parties that have failed us in its two years in the government.”

Malay Mail had cited several anonymous sources in its report today, claiming that the friction arose between the parties over the Petronas deal as well as the Malaysia Agreement 1963 (MA63).

The national oil company had recently paid up RM2.96 billion in state sales tax to Sarawak after initially challenging its right to levy the tax.

Malay Mail said the sources also pointed out at the insistence of Bersatu and PAS to contest seats in the state as worsening the friction between GPS and PN.

“More and more Sarawak GPS leaders have openly talked about leaving the federal government if the demands are made,” a source said in the report.

Several sources were also concerned about delayed negotiations on MA63, which is part and parcel of GPS’ support for the government, the report said.

Sabah goes to the polls on Saturday. UB

Anwar ada majoriti? Saya tak tahu apa-apa – Abang Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker