Promosi Produk Berunsur Lucah & ‘Double Meaning’, Syatilla Melvin Teruk Dikecam Netizen

Baru-baru ini tular di media sosial, sebuah gambar katil yang patah dengan pasangan pelakon Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam serta foto tangan bergari

Menerusi kemas kini akaun Instagram Syatilla, Sam kelihatan terbaring sementara tangan kirinya masih bergari.

Manakala Syatilla pula tersenyum lebar di bucu katil sambil memakai baju tidur. Menurut Syatilla, situasi itu hasil penangan daripada jamu yang diamalkannya sejak akhir-akhir ini.

Berikut di bawah adalah gambar dan kapsyen yang mengundang kecaman netizen:



Begitupun, tindakan pasangan selebriti itu mempromosikan produk di Instagram dianggap berunsur lucah dan menggunakan cara pemasaran murahan

Menurut laporan, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin berkata, mereka sememangnya sengaja menggunakan foto yang membawa pelbagai maksud dan sudah menjangka perkongsian itu akan mendapat perhatian ramai.



Kalau mereka nampak benda itu secara negatif memang automatik ia akan jadi negatif. Tapi kalau berbeza pula kalau mereka pandang secara positif. Ikut pada pandangan individu itu macam mana.

“Sebab bukan gambar straight foward. Saya dan Sam memang sengaja wujudkan double meaning dalam foto tersebut. Memang kami dah jangka benda ini (kecaman) dan ini bermaksud apa yang kami cuba sampaikan berjaya.

“Tiada niat untuk buat sesuatu yang nampak lucah. Tapi kalau dah netizen pandang benda itu secara negatif, kami tak boleh nak kawal apa yang mereka rasa. Bagi saya, bad marketing is still marketing, ” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen Instagram milik Syatilla pula mendapati, rata-rata netizen tidak berpuas hati cara pasangan selebriti tersebut dalam mempromosikan produk mereka



Berikut adalah antara komen netizen terhadap gambar kontroversi itu:



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker