TERKINI: Kerajaan PN jatuh, Anwar dakwa ada majoriti [Video]

 

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Anwar Ibrahim, hari ini mengumumkan mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” daripada ahli Parlimen untuk dipersembahkan kepada Agong.

“Pada saat ini kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin telah jatuh,” katanya pada sidang akhbar di ibu negara hari ini, dan menambah beliau akan menghadap Agong dalam masa terdekat.

Menjawab pertanyaan pemberita, Anwar berkata beliau boleh membuktikan sokongan itu, “secara konklusif”, yang menurutnya bukan kelebihan “1, 5, atau 6” tetapi hampir 2/3.

https://youtu.be/5XXJmVs77cM

“Mereka ahli Parlimen dari pelbagai parti,” tambahnya.

“Saya dengan ini ingin memaklumkan kerajaan Tan Sri Muhyiddin telah tumbang pada hari ini.

“Saya telah mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli parlimen yang kukuh dari kalangan Melayu dan Bumiputera,” katanya melalui satu sidang akhbar sebentar tadi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker