Anwar ada majoriti? Saya tak tahu apa-apa – Abang Mat



Sebaran :

 

Kota Kinabalu – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mendakwa langsung tidak di maklumkan terlebih dahulu berhubung pengumuman Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan sebuah kerajaan yang baharu.

“Kami pun tidak tahu apa-apa. Nantilah (kenyataan susulan,” katanya ringkas ketika di temui SuaraTV sebentar tadi.

Sementara itu Timbalan Presiden, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar enggan memberikan sebarang penjelasan.



“Presiden dah bagi kenyataan, ok lah tu,” jelas mereka sebelum berlalu pergi.

Tedahulu Anwar ketika sidang akhbar khas berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tumbang.

Menurut Anwar pihaknya telah mempunyai sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripafa majoriti ahli-ahli parlimen untuk membentuk sebuah kerajaan yang baharu.



Ahli Parlimen Port Dickson juga berkata pihaknya sudah membuat persiapan selama berbulan-bulan dan akhirnya mereka memperolehi majoriti kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

“Ini bukan semalaman. Kami sudah membuat perancangan ini selama berbulan-bulan.

“Sekarang kami telah memperoleh majoriti, kami membuat pengumuman,” katanya.



Tambahnya, kerajaan yang bakal dibentuk akan terdiri daripada majoriti ahli Parlimen berbangsa Melayu.

“Sudah tentu ia (dibentuk) dengan majoriti (ahli Parlimen) Melayu, bumiputera. Ia juga merangkumi semua kaum dan agama.

“Saya tidak akan berkompromi dan saya dengan senang hati berkata mereka yang menyertai saya, mereka juga menyokong saya,” katanya.



Terdahulu, beliau mendakwa mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu dalam masa terdekat.

Tegas Anwar, beliau telah mendapat perkenan menghadap Al-Sultan Abdullah pada Selasa jam 11 pagi, namun terpaksa ditangguh susulan baginda sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Suara.TV




Sebaran :


Leave a Reply