Tok Mat : Itu semua gimik Anwar saja nak alih perhatian pengundi Sabah

Pemimpin Umno meragui pengumuman Presiden PKR, Anwar Ibrahim, yang mendakwa beliau dapat sokongan cukup untuk membentuk kerajaan, menepisnya sebagai “gimik”.

Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata Anwar mungkin cuba mengulangi “permainan” 16 Sept 2008.

Baca : Kerajaan PN jatuh, Anwar dakwa ada majoriti [Video]

“Atau cuba mempengaruhi pengundi Sabah yang akan mengundi Sabtu ini,” katanya kepada FMT.



Pada 2008, Anwar mendakwa beliau dapat sokongan secukupnya daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan dan menggesa Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi berundur.

Baca :GPS kekal bersama PN, Anwar cuba pengaruhi pengundi Sabah

Anwar kemudian menjelaskan langkah itu gagal apabila usul memanggil sidang khas Dewan Rakyat ditolak perdana menteri.

Baca : Semua 18 ahli Parlimen PAS tidak bersama Anwar, kata Tuan Ibrahim



Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim beritahu FMT beliau baru sahaja bercakap dengan ahli Parlimen Perikatan Nasional yang terkejut dengan dakwaan Anwar.

“Mereka kata mana ada,” katanya. “Mereka pun tak tahu dari mana Anwar dapat sokongan.”

Shahidan juga merasakan ia mungkin “gimik” untuk mempengaruhi pengundi Sabah. FMT

TERKINI: Kerajaan PN jatuh, Anwar dakwa ada majoriti [Video]



 

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker