Ti, Nicole Wong kalah pemilihan naib presiden MCA

Ti, Nicole Wong kalah pemilihan naib presiden MCA

Bekas timbalan menteri belia dan sukan, Ti Lian Ker, gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden MCA dalam pemilihan parti tersebut semalam.

Berdasarkan kepada keputusan rasmi Ti hanya memperoleh 136 undi dan berada jauh daripada pemenang tempat keempat bagi jawatan tersebut dengan dibezakan 334 undi.



Ahli Dewan Negara itu dipilih menjadi seorang daripada empat naib presiden pada 2018.

Dalam pertandingan kali ini seramai tujuh calon menawarkan diri.

Bekas menteri pengangkutan Wee Ka Siong sebelum ini diumumkan mempertahankan semula jawatan sebagai presiden parti, manakala Mah Hang Soon kekal sebagai timbalan selepas tidak dicabar oleh mana-mana calon.

Ka Siong mengalahkan pencabarnya, bekas pemimpin MCA Selangor, Tan Chong Seng.



Sementara itu Lim Ban Hong dan Tan Teik Cheng berjaya mempertahankan jawatan mereka sebagai naib presiden.

Bagaimanapun calon muka baru yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai, Wee Jeck Seng, merupakan calon yang mengumpul undi tertinggi dengan 496 undi.

Lim memperoleh 477 undi, manakala Tan 469 undi.

Seorang lagi muka baru bagi jawatan naib presiden ialah Lawrence Low Ah Keong yang mendapat 470 undi.



Ia bermakna bekas ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Nicole Wong, turut gagal mendapat tempat dalam persaingan berkenaan.

Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon berkata seramai 17,528 – atau 60.12 peratus – daripada 29,156 delegasi dari seluruh negara yang layak mengundi semalam.

Mereka juga mengundi untuk memilih 25 anggota Jawatankuasa Pusat MCA.

Namun daripada 25 calon yang mengumpul undi tertinggi, Chong hanya mengumumkan 24 nama kerana ada satu bahagian tidak dapat menyerahkan keputusan pemilihan pada malam tadi.



“Persaingan untuk tempat ke-25 dan ke-26 sangat sengit.

“Keputusan daripada satu bahagian itu akan menentukan siapa yang akan menjadi ahli jawatankuasa ke-25.

“Undi akan dikira hari ini dan keputusan akan diumumkan pada laman web (parti) kami,” katanya.

Berikut adalah senarai nama 24 calon yang memenangi pemilihan semalam:



Koh Tai Kwong (563 undi)
Kang Meng Fuat (545 undi)
Chua Hock Kuan (535 undi)
Leaw Kok Chan (527 undi)
Monna Ong Siew Siew (510 undi)
Lee Ching Yong (506 undi)
Tan Chong (499 undi)
Tan Kok Eng (480 undi)
Ooi Jing Ting (468 undi)
Leong Kok Wee (467 undi)
Chan Quin Er (466 undi)
Choong Shin Heng (463 undi)
Quek Tai Seong (456 undi)
Lee Ban Seng (439 undi)
Koh Chin Han (428 undi)
Lee Ting Han (421 undi)
Lee Wan Tung @ Lu Yen Tung (418 undi)
Ting Zhao Song (394 undi)
Tan Gim Tuan (385 undi)
Chiew Kai Heng (376 undi)
Saw Yee Fung (359 undi)
Chin Tung Leong (344 undi)
Chua Thiong Gee (336 undi)
Woon Yong Teai (325 undi)

Ti, Nicole Wong kalah pemilihan naib presiden MCA

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku

Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker