Lelaki mabuk cuba serang kakak ipar dengan parang

Lelaki mabuk cuba serang kakak ipar dengan parang

BEAUFORT: Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyerang kakak iparnya dengan parang di Kampung Menumpang, Kuala Penyu, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, suspek berusia 34 tahun yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol bertindak agresif, termasuk memukul mangsa.



Ketua Polis Daerah Beaufort, Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, siasatan mendapati suspek pada awalnya dikatakan melanggar mangsa, yang merupakan wanita berusia 33 tahun, dari belakang ketika berada di dapur.

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek terus menegurnya, namun sebaliknya dia dimarahi dan dipukul menggunakan sudu.

“Suspek kemudian cuba menyerang mangsa sekali lagi, namun sempat dihalang ahli keluarga lain,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudian masuk semula ke rumah dengan sebilah parang panjang sebelum cuba menyerang mangsa.



Katanya, mangsa sempat menyelamatkan diri bersama seorang anaknya dan terus bersembunyi di rumah jiran.

“Susulan laporan dibuat mangsa, sepasukan polis terus dikerah ke lokasi kejadian dan menahan suspek untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya. FMT

Lelaki mabuk cuba serang kakak ipar dengan parang




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tentera tembak diri sendiri, ibu mentua, selepas bertengkar dengan isteri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker