Jawab kenyataan Dr M bahawa ‘orang bodoh saja yang masuk Umno’


1. SAYA terpanggil untuk jawab kenyataan Dr M bahawa ‘orang bodoh saja yang masuk Umno’. Simpati juga dengan dia kerana kenyataan sebegitu mengundang banyak kritik mengenai era 22 tahunnya sebagai presiden Umno. Waktu itu, sesiapa pun jadi presiden, akan disokong.

2. Batang pisang pun akan disokong kalau jadi presiden. Malaysia pada waktu itu sedang membangun. Negara Asia seperti Vietnam, Kemboja dan China belum lagi membuka pintu kepada pelaburan asing. Kemunculan Dr M hanya kebetulan kerana Malaysia saja yang menjadi tumpuan pelabur asing di rantau ini. Malaysia maju di bawahnya. Kerana itu rakyat dan kroni-kroninya taksub dengan beliau, bangga dengan kemampuannya membangunkan negara. Beliau pintar ambil kesempatan ekonomi serantau waktu itu. Ia berlaku secara ‘fluke’. Untuk terus memimpin parti dan negara, beliau gunakan pelbagai cara untuk mengunci penentangnya dalam kerajaan dan parti, termasuk ISA dan ugutan ‘takut pada bos’ yang diterapnya. Memang dia handal waktu itu tetapi ia turut mencipta beberapa ‘mistakes by fluke’ juga. Misalnya Perwaja dan Bakun.

3. Di akhir-akhir eranya, Proton kerugian dan ada juga tuduhan mengenai Forex Scandal yang kini ditutupnya dengan Rule of Law. Peristiwa Memali juga dibiarkan tanpa enggan mengambil tanggungjawab. Banyak lagi ‘skeleton in the closet’ yang hanya diketahui oleh orang lama dalam Umno yang bersamanya sekarang. Beliau memperbodohkan ahlil Umno dengan cara ‘kelepetokrasi’nya, menutup apa jua kelemahan. Itu zaman analog, tiada Internet. Banyak projek legasi dibuatnya sehinggakan hutang luar negara meningkat secara mendadak, hanya surplus pada 1993-1996 saja. Saya ingat lagi Dewan Merdeka ‘blackout’ ketika pengiraan undi Ku Li menentang dia sebagai presiden parti. Selepas itu ahli diperbodohkan dengan sistem kuota untuk menjamin dia kekal sebagai presiden. Jawatan lain, lantaklah.

4. Ini satu cara untuk halang orang yang tidak dapat blessing dia daripada bertanding jawatan dalam parti. Yang pandai dan golongan cerdik-pandai tidak dapat tempat yang baik di dalam Umno. Golongan muda rasa terpinggir dan mula menyertai Pas dan parti lain. Tidak ada yang berani sanggah kata dia, termasuklah Majlis Raja-Raja Melayu. Hari ini dia kata Umno parti bodoh, walhal dialah yang memulakan dan membiarkan parti begitu selama 22 tahun. Politik sebegini tidak gentleman langsung. Selepas eranya, zaman Pak Lah, Najib dan Zahid Hamidi mula menyaksikan aliran lebih baik di segi kemasukan ahli muda ke dalam parti.



5. Dan hari ini juga, beliau cuba memimpin cara dahulu tetapi dibayangi oleh DAP, seperti pengakuannya baru-baru ini. Asia kini sudah membangun, Jepun, China dan kuasa ekonomi lain makin kurang tumpuan terhadap Malaysia. Ketirisan projek kerajaan amat serius. Pembohongan terpaksa digunakan untuk menutup semua ini. Hanya 15 peratus projek kerajaan ditender, 85 peratus lagi semua dirunding secara terus dengan kroninya, mengikut dakwaan sesetengah pihak dalam kerajaan. Sedarlah, kami masih menghormatinya walaupun sukar untuk memaafkan apa yang dibuat kepada Melayu… wallahu’alam

https://www.facebook.com/jailani.harun/posts/2200299900082684

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker