PRN Johor: BN tampilkan 70 peratus muka baharu

Barisan Nasional (BN) mengambil langkah berani apabila akan menampilkan sebanyak 70 peratus calon muka baharu melibatkan ketiga-tiga komponen parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, formula digunakan itu juga akan menyaksikan kriteria calon-calon telah diperhalusi dengan sebaiknya termasuk aspek akademik.

“BN kali ini akan menampilkan lebih 80 peratus calon mempunyai kelulusan akademik yang baik dan mereka-mereka yang berusia 55 tahun ke bawah.



Di harap tenaga baru ini akan dapat memberi nafas baharu kepada negeri Johor sekiranya diberikan mandat oleh rakyat.

“Penelitian dan penanda aras yang ingin dibawa ini juga akan menyaksikan bahawa lebih 70 peratus adalah muka-muka baharu.

Kombinasi ‘game changer’ ini bagaimanapun masih tidak melupakan mereka yang berpengalaman untuk terus memberikan khidmat dan kesinambungan usaha dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas hadir Majlis Pengumuman Calon BN bagi PRN Johor di Pejabat UMNO Negeri Johor di sini, pada Khamis.



Hadir sama, Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Pada majlis berkenaan, Hasni yang juga Pengerusi BN Johor hanya mengumumkan 41 nama melibatkan calon daripada komponen UMNO dan MIC memandangkan MCA belum memuktamadkan senarai calon.

Jumlah berkenaan menyaksikan UMNO akan bertanding sebanyak 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala MCA dengan 15 kerusi dan MIC empat kerusi.

Ahmad Zahid berkata, dengan senarai nama yang telah dimuktamadkan, parti yakin senarai calon yang telah dipilih boleh membawa satu perubahan besar kepada negeri sekali gus memberikan harapan baharu.



“Kita melihat beberapa kriteria untuk pemilihan calon ini dimana kita akan gunakan konsep WALI iaitu winnable (boleh menang), acceptable (diterima) dan likeable (disenangi).

“Dengan keputusan yang dibuat ini juga, saya berharap semua komponen dalam parti dapat bekerjasama dan bergerak sebagai satu pasukan untuk memenangkan calon BN,” katanya.

PRN Johor: BN tampilkan 70 peratus muka baharu


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker