Jepun pula umum sekatan terhadap Rusia

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida pada Rabu mengumumkan beberapa sekatan terhadap Rusia sebagai tindak balas negara itu mengiktiraf kemerdekaan dua wilayah di timur Ukraine, lapor Jiji Press.

Jepun akan menggantung pengeluaran visa terhadap rakyat Donetsk dan Luhansk, membekukan aset mereka, melarang perdagangan membabitkan dua wilayah itu serta pengeluaran dan perdagangan bon Rusia, kata Kishida kepada pemberita.

Beliau mengumumkan sekatan berkenaan selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai kerajaan, termasuk Ketua Setiausaha, Hirokazu Matsuno dan setiausaha agung Keselamatan Negara, Takeo Akiba.



“Kami gesa Rusia kembali kepada proses diplomatik bagi menamatkan konflik,” kata Kishida.

Sementara itu, pengkritik menyifatkan sekatan Jepun terhad kepada dua wilayah berkenaan sahaja, tidak termasuk pegawai kanan Rusia.

Di samping itu, nilai bon Rusia di Jepun juga agak kecil. – Bernama


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker