Dakwaan curi air, Siti Zailah kata Bomba yang bagi

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Rantau Ranjang Siti Zailah Mohd Yusoff menafikan dakwaan beliau mencuri air dari pili bomba dan berkata beliau mendapat kebenaran untuk mengambil air dari sumber itu.

Zailah berkata beliau juga memaklumkan kepada Balai Bomba Rantau Panjang dan mendapat bantuan dari anggota bomba yang membantunya membuka pili serta menyalurkan air ke dalam lori.

Katanya, beliau pada mulanya mengadu masalah bekalan air kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tetapi syarikat itu mencadangkan untuk mengambil air dari sumber berdekatan kerana jarak loji air terlalu jauh dari parlimen Rantau Panjang.



“Saya pun terus berhubung dengan pihak Bomba Rantau Panjang. Pihak Bomba Rantau Panjang datang bawa peralatan, mereka (cakap) mari Kak Lah, kami tunjuk, kami boleh bantu.

“Bomba yang pasangkan untuk saya, pasangkan hos untuk saya, dia tunjuk pili paling selamat,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan yang akan menyiasat seorang Ahli Parlimen pembangkang di Kelantan kerana didakwa menggunakan air dari pili bomba bagi mengatasi masalah bekalan air penduduk setempat.

Menterinya, Nga Kor Ming, berkata tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap Ahli Parlimen itu kerana ia tindakan tidak bertanggungjawab untuk dilakukan mana-mana individu.



Zailah berkata, beliau terpaksa bertindak demikian kerana masalah kekurangan air di Rantau Panjang semakin meruncing sejak April lalu kerana musim kemarau menyebabkan air sungai surut. Keadaan semakin buruk ketika Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

“Apabila bekalan tak cukup saya rujuk exco. AKSB dan kerajaan negeri buat inisiatif hantar air ke rumah, tangki-tangki, kolah masjid yang dihantar menggunakan lori, jadi satu lori dibekalkan melalui pejabat DUN, tapi tak mencukupi,” katanya.

Zailah berkata tindakannya itu juga tidak berisiko sekiranya berlaku kebakaran kerana AKSB memberitahu air dari pili bomba tidak akan berkurangan kerana sumber air datangnya dari syarikat itu.

Menurutnya, beliau mungkin mengambil tindakan saman fitnah terhadap Nga sekiranya terus membuat tuduhan melulu terhadapnya.



“Beliau perlu menyemak terlebih dahulu dengan pihak bomba sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan atau membuat tindakan,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya



ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker