Isu debat : Bos lari, macai pula jadi pak sanggup.

Share

oleh Ahmad Faiz

Najib, “Jom Makan”, LKS, “Taknak, Nanti Jadi Isu Perkauman”, Najib “????”

Ramai orang berpemdirian, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan nak sangat berdebat dengan pemimpin veteran DAP ini pun, tinggal lagi banyak cakap macamlah awak tu handal sangat, kena cabarlah. Anyway, tak payah pemimpin veteran yang berkenaan bagi alasan “perkauman” (apa kaitan pun kita tak tahu) untuk mengelak, ramai boleh agak awal-awal debat itu tak akan berlaku.

Kenapa? Mudah saja sebabnya.

Berbeza dengan sebelum-sebelum ni, dimana pembangkang kena korek atau cipta isu (fitnahlah tu) untuk serang kerajaan pembangkang era Malaysia Baru hari ini tak perlu buat begitu. Bersepah isu sebenar depan mata yang memberi kesan kepada ramai orang, boleh digunakan.

Janji manifesto sebagai contoh, itupun dah tak terjawab, lain-lain tu boleh dikatakan bonus saja. Tak perlu cybertroopers pun takpa, rakyat sendiri jadi cybertroopers sebab majoriti kita merasa kesannya – paling tidak, kena kelentong.

Tapi menariknya bila, seorang Ahli Parlimen lain DAP tampil mencabar Najib untuk berdebat dengan dia setelah boss besarnya menarik diri. Konon pemimpin veteran DAP itu bukan “standard” Najib untuk berdebat. Betullah tu, bukan standard pun, sebab itu dia tarik diri.

Kalau dah pemimpin veteran DAP itu, yang sudah lebih 50 tahun dalam politik, bukan standard Najib, apa lagi yang dibawah-bawah ini ye tak? Lagilah takde standard.

Jika belum jelas, Najib, sebelum isu debat dengan pemimpin veteran DAP ini timbul, sudah pun berada di “puncak”.

Sambutan hangat dari rakyat hampir dimana saja beliau menjejakkan kaki itu sendiri adalah bukti, tambah dengan keengganan pemimpin veteran DAP berkenaan meneruskan debat dimana tajuk dia sendiri letak, mengekalkan Najib di puncak itu entah untuk berapa lama lagi.

Justeru, tak perlulah rasanya beliau “turun” ke bawah melayan spesis yang duduk level-level kaki ini lagi. Layan rakyat lagi bagus ya Datuk Seri.

2 thoughts on “Isu debat : Bos lari, macai pula jadi pak sanggup.

  • May 25, 2019 at 12:37 am
    Permalink

    bro macam ini bro kita letak ahmat masalah berdebat baru syok bro, buku bertemu dengan luas.. baru seronok, kawasan bedebat kawal dengan polis secara rapi kita tak nak berlaku huru hara, nanti ada macai dap arahkan macai pkr buat huru hara

    Reply
  • May 25, 2019 at 2:47 am
    Permalink

    Btol tu bro nnti dah xda point dia orng bikin huru hara,pkr kalau bab wat huru hara mmg hebat…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *