Pusat hiburan di Kuala Lumpur dibaling bom petrol, polis berjaya tangkap dua orang suspek

Polis menahan dua lelaki berusia 25 tahun di Batu Caves petang tadi bagi membantu siasatan berkaitan kes sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng terbakar akibat dibaling bom petrol awal pagi semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata kedua-dua lelaki tempatan itu ditahan pada 3 petang di sebuah rumah.

“Kita akan mengemukakan perintah reman terhadap kedua-dua suspek terbabit esok dan berdasarkan siasatan awal, kejadian berkenaan tidak melibatkan sebarang unsur ekstremisme,” katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri IPD Sentul.



Mengulas lanjut, Rusdi berkata pihaknya juga mengambil keterangan pemilik premis dan pengurus pusat hiburan berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya.

Semalam, tular video melalui media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan empat individu menaiki motosikal membaling bom petrol di depan pusat hiburan terbabit.

Sementara itu, mengulas mengenai 10 suspek termasuk tiga warga asing mempunyai kaitan dengan lelaki Israel yang didakwa di mahkamah atas tuduhan memiliki senjata api, Rusdi berkata mereka akan dibebaskan minggu depan dengan jaminan polis.



Beliau berkata, tiga warga asing berkenaan bagaimanapun akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen bagi tindakan lanjut.

“Mereka akan dibebaskan sebelum tempoh reman tamat pada 14 dan 15 Mei ini, walaupun dibebaskan mereka tetap boleh dipanggil semula bagi membantu siasatan,” katanya.

Pada 30 April lalu, Rusdi dilaporkan berkata polis akan mengadakan perbincangan dengan peguam negara bagi menentukan bentuk tindakan lanjut terhadap individu berkenaan yang ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Pada 11 April, lelaki Israel yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan memiliki enam senjata api dan 158 butir peluru di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.



Sepasang suami isteri pula mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang pada 8 April terhadap pertuduhan berkaitan pemilikan senjata api berkenaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka

Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]



Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker